Rabu, 13 April 2022

APAKAH IBU BAPA PUAS HATI

 


Jurujual kena penjara 6 tahun, denda kes langgar remaja berbasikal

MAHKAMAH Tinggi di Johor Baru hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas seorang kerani selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lepas.

Hakim Abu Bakar Katar memerintahkan hukuman penjara ke atas Sam Ke Ting, 27, itu bermula hari ini.

Wanita itu juga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh pemenjaraan dan sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dipenjara enam bulan.

Dalam penghakimannya, hakim berkata pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang telah membuktikan dengan jelas intipati kesalahan.


“Perbuatan responden yang memandu cara melulu atau merbahaya menyebabkan kehilangan lapan lapan nyawa. Mahkamah ini mengikuti pendekatan nas duluan yang mengambil kira bilangan mangsa yang terlibat dalam menjatuhi hukuman,” kata beliau.

Keputusan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lepas, yang melepaskan dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan berkenaan.

Pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan pada 18 Februari 2021, Mahkamah Tinggi mengarahkan Sam, yang merupakan seorang jurujual ketika kejadian, supaya membela diri.

Abu Bakar, ketika membaca keputusan membenarkan rayuan pendakwaan itu berkata pihaknya berpuas hati segala intipati kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berjaya dibuktikan.

Beliau berkata mahkamah bicara terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan wanita itu secara tidak bersumpah bersifat penafian semata-mata atau selepas berfikir.

“Dalam pembelaannya (wanita itu) menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal si mati dan melarikan diri. Versi ini tidak pernah ditimbulkan semasa kes pendakwaan,” kata beliau.

Hakim juga berkata mahkamah bicara terkhilaf apabila gagal menimbangkan pembelaan wanita itu tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan bagi pertuduhan memandu kereta secara merbahaya mengambil kira keadaaan jalan yang berselekoh dan berbukit sedikit.

“Mahkamah bicara terkhilaf apabila menerima pembelaan yang tidak mengetahui adanya aktiviti basikal lajak pada malam kejadian sebagai alasan untuk memandu keretanya secara merbahaya sehingga mengorbankan mangsa yang dinyatakan dalam pertuduhan. 

“Responden seharusnya memandu keretanya dengan lebih berhati-hati dan bukannya memandu dengan laju sehingga menyebabkan kemalangan tersebut. Responden sepatutnya menyedari kemalangan pencahayaannya tidak begitu terang pada jam lebih kurang 3.20 pagi,” kata beliau.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya  Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan mempertimbangkan prinsip kepentingan awam.

Bagaimanapun, wanita itu yang diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar, merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan ini kesalahan pertama anak guamnya yang menanggung kedua ibu bapanya.

Muhammad Faizal turut memohon penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas responden yang hukumannya bermula hari ini.

Bagaimanapun, hakim tidak membenarkan penangguhan berkenaan selagi tidak menerima kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan.

Mahkamah juga mengarahkan agar butiran sabitan dicatat dalam lesen memandu responden selain ia diserahkan pada atau sebelum esok untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, wanita yang berbaju kemeja putih berbelang dan berseluar warna coklat muda, hadir ditemani seorang rakannya tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.

Remaja yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16. – Bernama, 13 April, 2022.

SEKALI REMBAT

LAPAN MAUT

AMIN

JALAN BUKAN

HANYA UNTUK

KERETA

UNTUK 

YANG KAYA

AMIN

JALAN MILIK

SEMUA YG

KAYA YANG PAPA

AMIN

APAKAH IBU

EMAK AYAH KAUM

KELUARGA

PUAS HATI

DENGAN 

KEPUTUSAN INI ?

AMIN

ATAU YANG KAYA

AKAN GUNA

LORONG UNTUK

RAYU KEPUTUSAN

KHALAS 

YANG GUGUR 

TELAH PERGI

TAKKAN KEMBALI

AMIN

TAK GUNA ADA

DENDAM DIHATI

KHALAS 

KECUALI YG KAYA 

DIBEBAS PERGI

JENG JENG JENG

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Benda paling culako... Team kayo duduk peguam pusing dap lintang pukang kompom lepas... elok sngat la, undang² bagindo queen porah ateh bawah yg kayo kompos lepas lg...

Tanpa Nama berkata...

Mesti jel jugak semua ibu bapak atau penjaga arwah budak2 tu. Budak2 tu masih perlu bimbingan, masih bawah umur, bukan dibiar buat sesuka hati.

Tanpa Nama berkata...

Isham tahu geng budak basikal tu geng apa? Itu geng basikal lajak. Geng basikal lajak yg bawak basikal macam pelesit 3 pagi. Mencelah mencilok sana sini. Bawak pulak kat tengah tengah jalan raya. Macam tak da peraturan. Semua orang tahu amoi cina tu tak salah sebab terlanggar budak budak tu. Cuma dia bawak laju. Kalau slow sikit mungkin tak sampai kematian. Tapi tetap terlanggar jugak. Jangan main tuduh je. Isham tak pernah bawak kereta jadi isham tak tahu kesukaran mengawal kereta tambah bila bertembung dgn geng bssikal lajak. Untuk faham apa itu geng basikal lajak better tonton kat utube.