Rabu, 13 April 2022

DI NAFIKAN !

PDRM tidak pernah runding dengan mana-mana pihak berkaitan kes Nicky Liow

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah melakukan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak, berhubung siasatan kes melibatkan ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Kamarudin Md Din berkata segala siasatan dan tindakan dijalankan adalah telus, mengikut lunas undang-undang serta tidak melindungi kepentingan mana-mana pihak, selain arahan pertuduhan juga dilaksana seperti diarahkan Pejabat Peguam Negara.

Beliau berkata siasatan ke atas Nicky, 34, bermula pada 15 Mac tahun lepas, berkaitan pembabitannya dalam kes jenayah terancang, serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Hasil siasatan yang dijalankan, sebanyak 68 serbuan dilakukan di sekitar Selangor bagi menahan Nicky dan ahli kumpulannya pada 20 Mac tahun lepas, namun ahli perniagaan itu berjaya melarikan diri.

“Pada 9 April 2021, seramai 15 ahli kumpulan Nicky didakwa mengikut Seksyen 130 V Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan pada tarikh sama, Nicky turut didakwa di bawah kesalahan sama secara ‘in-absentia’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata pada 30 Sept 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Nicky Liow bagi kes jenayah terancang/SOSMA ekoran permohonan dari Pejabat Peguam Negara bagi menunggu siasatan melibatkan kesalahan pengubahan wang haram (AMLA) dilengkapkan.

“Seterusnya pada 23 Februari lepas, peguam Nicky Liow memfailkan rayuan dan berjaya mendapat perintah dibebaskan dan dilepaskan (DNA).

“Pada 8 Mac lepas, Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, di atas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan dan melepaskan Nicky Liow,” katanya.

Kamarudin berkata berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Nicky Liow melalui peguamnya menghantar sepucuk surat kepada pihak polis, dan menyatakan kesediaannya untuk menyerah diri.

“Pada 23 Mac lepas, 26 pertuduhan difailkan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, ke atas Nicky Liow bagi kesalahan pengubahan wang haram dan waran tangkap diperoleh bagi memastikan beliau tidak terlepas dari sebarang pertuduhan,” katanya.

Semalam, Nicky Liow tampil menyerah diri di pejabat JSJK Bukit Aman dan seterusnya ditahan.

Nicky didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, atas 26 pertuduhan terbabit dalam pengubahan wang haram bernilai lebih RM36 juta sejak 2016 hingga tahun lepas.

Beliau yang juga Pengarah Syarikat Dream Vision Media Sdn Bhd, Winner Dynasty Travel & Leisure Sdn Bhd dan Nicky Fashion House Enterprise, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Helina Sulaiman. – Bernama, 12 April, 2022.

PDRM JALANKAN

TUGAS DG BETUL

IKUT PROSEDUR

AMIN

TAPI ADA

DINAFIKAN

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH 

AMIN

DI MALAYSIA NI

SELALU TERBUKTI

KALAU PEKARA

DINAFIKAN TAKDA

ERTINYA PERKARA

ITU ADA

KAH KAH KAH

PENAFIAN MUNCUL

KERANA ADA

DESAS BIN DESUS

KAH KAH KAH

KALAU TAKDA

DESAS DESUS

APA PERLU DINAFI

AMIN

SENANG SAJE

KITA  TENGOK

MALOAN NI AKAN

BEBAS JAMIN

ATAU TAKDAPAT

JAMIN

AMIN

BEBAS JAMIN

MALAON NI

AKAN JADI

MACAM NAJIB

BISNES AS

USUAL

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Tuan!

Yeop sepet berkata...

Kompem la kawtim, IGP pun naik sbb geng scammer lobi menteri kdN nak acryl Sani.

Soboi berkata...

Tokan ganja siapa bukan polis ker? Satu kaum berdengung tau siapa supplier..