Isnin, 18 April 2022

BERITA BAIK - BULAN PUASA

 



Kes harian turun ke paras 6,600 jangkitan, 12 lagi terkorban

6,623 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,389,025 kes.

Sebanyak 11,233 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,249,704.

Ketika ini 103,900 kes aktif direkodkan, dengan 101,294 atau 97.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 356 (0.3%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 2,124 (2.0%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 126 kes dan 76 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 53.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 16.6%.

12 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk lapan kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,421 orang.

INI BERITA

AMAT BAIK

AMIN

ANGKA MAKIN

TURUN

AMIN

TAHNIAH

BARISAN HADAPAN

AMIN

WARGA TERUS

IKUT C.U.S

CARA  UNTUK

SELAMAT

KHALAS

Tiada ulasan: