Isnin, 18 April 2022

TAHNIAH SUHAKAM - TAHNIAH PDRM

Suhakam, polis lancar modul hak asasi manusia

SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan pasukan polis hari ini melancarkan modul hak asasi manusia untuk polis bekerja dalam piawaian yang boleh diterima.

Dibangunkan pada 2018, modul itu merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pemahaman dan latihan pegawai polis berhubung piawaian hak asasi manusia domestik dan antarabangsa yang diperlukan semasa mereka menjalankan tugas.

“Ia (modul) akan bertindak sebagai panduan kepada tenaga pengajar menyampaikan kursus hak asasi manusia kepada pegawai PDRM, ia juga akan menambah baik kurikulum sedia ada dengan mengadaptasi dan mengintegrasikan topik berkaitan dalam modul tersebut,” kata Suhakam dan polis dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Menurut kenyataan itu, modul itu termasuk piawaian antarabangsa hak asasi manusia dan kepolisan; larangan diskriminasi; keperluan khas tahanan kurang upaya, kanak-kanak dan wanita; serta penggunaan prinsip hak asasi manusia dalam penahanan, penangkapan dan penggunaan kekerasan dan senjata api.

Bahagian lain modul itu terdiri daripada hukuman kejam dan tidak berperikemanusiaan yang mengabaikan maruah seseorang serta larangan penyeksaan.

Majlis hari ini dirasmikan oleh Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengerusi Suhakam Othman Hashim.

Bercakap semasa pelancaran itu, Acryl memberi jaminan bahawa anak buahnya akan menyertai program itu bukan sahaja untuk menimba ilmu tetapi juga untuk menyokong perjuangan hak asasi manusia di negara ini.

Othman sebaliknya berharap modul itu dapat menaikkan imej pasukan polis yang tidak asing lagi dengan kritikan dan kontroversi.

Sejak kebelakangan ini, banyak kes kematian dalam tahanan polis telah dilaporkan walaupun kematian itu tidak berkaitan dengan kekejaman polis.

Baru seminggu lalu, seorang lelaki berusia 45 tahun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas mengalami sawan di lokap polis di Kajang.

Kematiannya adalah kes kematian dalam tahanan ke-15 yang direkodkan tahun ini. – 18 April, 2022.

TAHNIAH

SUHAKAM

TAHNIAH

PDRM

AMIN

NEGARA MENUJU

KE LANDASAN

YANG BAIK

AMIN

RAKYAT WAJIB

MENGALUKAN

PERKEMBANGAN

YG BAIK INI 

AMIN

 SELAMAT 

BERKHIDMAT

AMIN

Tiada ulasan: