Sabtu, 23 April 2022

NILA SETITIK

 



Kaji semula pemberian pemegang kad UNHCR kepada pelarian Rohingya, kata Hamzah

KERAJAAN akan mengkaji semula pemberian kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kepada pelarian etnik Rohingya di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata kajian itu perlu dilakukan susulan ratusan tahanan etnik itu yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.

“Kita tidak boleh memberi ruang supaya mereka dengan mudah memasuki negara tanpa dokumen dan terus mendapat kad UNHCR.

“Ia sesuatu yang tidak betul…ini bukan negara untuk pendaftaran UNHCR sebab itu kita ambil sikap tegas bahawa pemegang kad bukan bermakna boleh tinggal di negara kita.

“Jadi kerana itu perlu kaji semula punca pelarian UNHCR duduk di sini dengan bebas dan bagi kad dengan bebas kerana tiada bantuan diberikan kepada kita. Kita sebagai negara yang bersikap perikemanusiaan kepada sesiapa pun tidak bermakna mereka boleh memasuki negara dengan sewenangnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan asnaf Parlimen Larut kepada 1,000 orang kurang berkemampuan di Dewan Astaka Batu Kurau hari ini.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata kerajaan telah memberi keperluan yang mencukupi kepada pelarian etnik Rohingya malah menempatkan mereka di sesuatu tempat iaitu depoh tahanan atas sifat keperimanusiaan disebabkan ketiadaan dokumen negara asal untuk dihantar pulang.

“Mereka sepatutnya tidak melarikan diri. Itu maknanya mereka hendak melakukan kesalahan untuk bebas dalam negara yang mereka sendiri tidak ada dokumen diri,” katanya sambil menambah tiada tempoh ditetapkan bagi tahanan yang ditempatkan di depoh.

Ditanya mengenai dakwaan kesesakan di depoh dipercayai antara punca tahanan melarikan diri, beliau berkata ia hanya sekadar pendapat sesetengah pihak.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya melarikan diri, bagaimanapun enam daripada mereka maut dirempuh kereta ketika cubaan melarikan diri di lebuh raya. – Bernama, 23 April, 2022.

INI BUKAN

NILA SETITIK

ROSAK SUSU

SEBELANGA

AMIN

INI 500 ROHIGYA

ROSAKAN

MASA DEPAM

BAKAL PELARIAN

AMIN

dina

2 ulasan:

ToraTora berkata...

kaji Tu apa ...sama macam pantau ka.....kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

dekat burma kena tindas dekat malaysia mengamuk... anehnya