Rabu, 27 April 2022

PAK LEBAI TOLAK CARA ISLAM

 



Ahmad Samsuri sedia disiasat isu gerakan guling pemimpin Umno

NAIB Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar sedia disiasat polis berkenaan laporan sulit parti itu didakwa berhubung percaturan politik bagi menggulingkan pemimpin parti Umno.

Bagaimanapun menteri besar Terengganu itu berkata setakat ini beliau masih belum diminta polis untuk tampil bagi siasatan.

“Sebagai warganegara patuh kepada peraturan, saya atau siapa saja yang akan dipanggil polis akan akur.

“Tapi buat masa sekarang ini saya belum menerima apa-apa panggilan daripada pihak polis lagi,” katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan polis semalam berhubung kertas siasatan yang dibuka berhubung kes terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim semalam dilaporkan berkata semua ahli politik disebut dalam dokumen sulit PAS yang bocor itu akan dipanggil.

Siasatan dibuka selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berang dengan tindakan PAS itu tampil membuat laporan polis.

Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil pula mencabar Ahmad Samsuri melakukan sumpah laknat untuk membuktikan dakwaan itu tidak benar.

Mengulas lanjut perkembangan itu, Ahmad Samsuri mengulangi pendiriannya laporan yang didakwa bocor itu hanyalah dokumen sampah dan enggan melayan tuduhan berkenaan.

PAS juga tidak perlu membuat laporan polis mengenai kebocoran laporan tersebut, katanya.

“Terpulanglah siapa nak buat laporan polis itu hak mereka dalam perlembagaan negara, nak buat laporan atas apa juga perkara.

“Jadi terserah mereka dan kepada polis untuk menjalankan apa juga siasatan sekiranya perlu. Tapi saya tak ada keperluan nak buat laporan polis untuk benda sampah ini,” katanya.

Ditanya mengenai desakan membuat sumpah laknat, Ahmad Samsuri berkata tidak ada keperluan untuknya berbuat demikian.

“Orang yang sebut pasal benda ini (desakan lapor polis dan sumpah laknat) memang tak faham bahasa bila saya sebut sampah, memang benda itu sampah maksudnya tak ada keperluan.”

Beliau bercakap kepada pemberita selepas program sambutan Hari Wanita peringkat Terengganu.

Dokumen yang tersebar melalui blog dan media sosial itu mencatatkan pertemuan Ahmad Samsuri dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dengan pemimpin politik tiga parti Melayu.

Dokumen bertajuk “Laporan Political Engagement PAS Pusat” dan bertanda sulit itu menyebut, pertemuan berkenaan didakwa berlangsung antara hujung Mac hingga awal April.

Ia mendakwa, kedua-duanya bertemu dengan Mohamed Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin dari Bersatu, serta Hishammuddin Hussein dan Ahmad Masrizal Muhammad dari Umno.

Ahmad Samsuri juga didakwa bertemu Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad secara bersendirian di kediaman bekas perdana menteri di Seri Kembangan.

Hasil pertemuan berkenaan, laporan itu mencatatkan maklumat mengenai wujudnya dua kem dalam Umno iaitu “kem Putrajaya” dan “kem PWTC”.

Dua kem itu dilaporkan sebagai kumpulan pro-Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan juga yang menyokong Zahid.

Kedua-duanya dilaporkan berselisih pendirian mengenai masa yang sesuai untuk diadakan pemilihan parti, sebelum atau selepas PRU15.

Laporan itu juga menyebut rancangan Umno untuk mengadakan perhimpunan khas bagi meminda perlembagaan parti berkenaan tempoh pemilihan parti.

Selain itu, ia juga mencatatkan gerakan untuk menamakan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri Barisan Nasional bagi kempen PRU15. – 27 April, 2022.

WOIT

PASAI APA

PAK LEBAI

TAKUT GUNA

CARA ISLAM

KAH KAH KAH

KALAU ORANG

LAIN DIDAKWA 

PAK LEBAI

PAKSA IKUT ISLAM

KAH KAH KAH

BILA KENA

BATANG IDUNG

KALEH CERITA

PADA SAMAH

KAH KAH KAH

PUKAR MUKRAK

BETOI

 PUKEE RAHAH 

KHALAS

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cakap cara islam pak lebai ni...aku asyik tertanya tanya,dulu sebelum jadi kerajaan nak buat hudud la, RUU355 la...sesuatu yg perlu gubal undang undang..tp bila jadi kerajaan takda nampak usaha nak buat....soalan aku yg paling ringkas adalah, sudah berapa inci pakaian pramugari yang singkat sempadan nak nampak bu**t dah diubah bila lebai dah jadi kerajaan?kerajaan bab pakaian pramugari nak nampak bu**t tu tak perlu gubal undang undang di parlimen. islam cara lebai kalau bab bu**t lebai suka

Tanpa Nama berkata...

Ni MB paling bangsat dalam dunia. Nak bagi bantuan I-Fitri kat rakyat Terengganu di luar, kena isi borang mengiundi Dun dan Parlimen mana. Tak ngundi di Trgnu tak dapat bantuan. Kàlau tak undi Bulan pun tak dapat. Inilah namanya Rasuah tapi walaun tak perasan. Dapat duit haram untuk sambut Aidilfitri.