Sabtu, 30 April 2022

TUGAS UNTUK NEGARA

Hampir 10,000 pekerja TNB bertugas pada Aidilfitri

TENAGA Nasional Berhad (TNB) menugaskan hampir 10,000 tenaga kerja pelbagai peringkat di sektor kritikal rantaian perkhidmatannya di Semenanjung demi memastikan kestabilan bekalan elektrik ketika perayaan Aidilfitri minggu depan.

Penugasan secara giliran dan tunggu sedia itu merangkumi stesen-stesen jana kuasa, pusat kawalan dan seluruh rantaian perkhidmatan termasuk grid dan pencawang bagi memastikan kelancaran penghantaran dan pembahagian bekalan elektrik. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Baharin Din berkata pemantauan di setiap negeri juga ditingkatkan menjelang Aidilfitri dengan jangkaan orang ramai pulang lebih awal ke kampung halaman untuk berhari raya.

“Tempoh 72 jam bermula sehari sebelum 1 Syawal adalah kritikal dengan jangkaan penggunaan tenaga elektrik meningkat berikutan orang ramai rancak membuat persiapan akhir terutama pada malam Aidilfitri diikuti pelbagai aktiviti sambutan dua hari berikutnya,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.


Beliau berkata bagi menghargai pekerja yang bertugas pada hari raya, sebanyak 9,900 pek kuih raya disediakan dengan kerjasama Persatuan Wanita TNB (Pelitawanis) dari lapan cawangan di sekitar Lembah Klang.

Pengerusi TNB Hasan Arifin turut menzahirkan penghargaan kepada kesemua pekerja berkenaan yang berkorban dengan berada di lapangan ketika orang lain menyambut perayaan bersama keluarga. – 

SALUT

TUGAS UNTUK

NEGARA

AMIN

DENGAN PENUH

HORMAT

SELAMAT HARI

RAYA

KHALAS

Tiada ulasan: