Rabu, 1 Jun 2022

JANGAN LUPA 7 JULAI

 


Keputusan kes rasuah Rosmah diketahui 7 Julai

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada  Rosmah Mansor didapati bersalah atau sebaliknya berhubung pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion, akan diketahui pada 7 Julai ini.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

"Kes ini berada di penghujung dan hari ini tiba masa untuk kita akhirinya. Saya cadangkan dua bulan daripada sekarang dan keputusan akan diputuskan pada 9 pagi, 7 Julai ini," kata beliau.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kanan  Gopal Sri Ram, manakala Rosmah, 71, yang juga isteri  Najib Razak diwakili peguam Akberdin Abdul Kader.

Terdahulu, Sri Ram mengemukakan dua kes tambahan yang pernah diputuskan oleh mahkamah untuk dijadikan sebagai nas perundangan bagi pihak pendakwaan kes ini.

Sementara itu, Akberdin mengesahkan baru menerima dua nas perundangan itu dan memohon masa untuk memberi maklum balas berhubung perkara berkenaan.

Hakim kemudian membenarkan permohonan masa itu untuk menjawab persoalan perundangan berkenaan.

"Jangan bimbang. Saya sudah tentu akan melihat kepada nas perundangan itu. Saya juga sudah meneliti hujahan sebelum ini sekurang-kurangnya sekali dan akan melihatnya kembali. Saya memberi jaminan terhadap perkara itu," katanya.

Pada 23 Februari lalu, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil dua saksi iaitu Rosmah dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM)  Siti Azizah Sheikh Abod.

Pada 18 Februari tahun lalu, Rosmah diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd ketika itu, Saidi Abang Samsuddin.

Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khas beliau, Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.


TARIKH HARI

DAN BULAN

YANG SEMUA

KELUARGA 

MALAYSIA

SEDIA MENUNGGU

AMIN

APAKAH YG JAHAT

YANG RASUAH

YANG MENIPU

AKAN DIHUKUM

AMIN

KITA MENOLAK

HUKUM LEPAS

MATI

KHALAS

KITA MAHU 

HUKUMAN MASA

HIDUP

AMIN

DAH MATI 

NAK BUAT APA

TAKDA GUNA

KHALAS

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Ini projek Solar, Mak Badak Kantoi ..dulu jam gawat 1998 kompeni den pirnah dapat projek buat beribu-ribu Makmal Komputer sekolah drp sebuah kompeni "Bumiputera" yg punye duo-tigo pokorjo jo. Kompeni "Bumiputera Nogori" ni nonggar kabar mulo2 di bagi tender utk bokal komputer kek makmal tu jo ..bilo line keliyer agak eay di pakej kang dongan makmal sekali ..sonang tak yah poning2. Lupo lak den sapo gak eay Montori Pendidikan jam tu. Tapi yg den kesihankan io lah pado Kontraktor Kelas F maso tu ..3 tahun tak do job sobab gawat kewangan Asia Timor dan kes MOMBONTOT Montori Kewangan maso tu ..abih cam no ..

Tanpa Nama berkata...

Macam jibby jugak didapati salah tapi bebas..siap makan dengan agung..dia pun sama la...tunggu sampai BN menang..tukar tuib keno tukar jadi tukar roda..kenapa begini? Arab culture