Sabtu, 16 Julai 2022

BERITA MENAKUTKAN - KOBID MAKIN MEREBAK



Kes harian lepasi 5,200 jangkitan, 8 lagi terkorban

5,230 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,613,998 kes.

Sebanyak 2,927 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,536,946.

Ketika ini, 41,208 kes aktif direkodkan, dengan 39,703 atau 96.3% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 30 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,411 (3.4%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 64 kes dan 44 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.4% dengan kes Covid-19 merangkumi 15.8%.

Lapan lagi kematian dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,844 orang.


AWAS !

NAMPAKNYA

KOBID  TERUS

MENYERANG

SEKALI LAGI

AMIN

KITA WAJIB

PATUH C.U.S

PATUH DENGAN

CARA

UNTUK

SELAMAT

AMIN

Tiada ulasan: