Khamis, 14 Julai 2022

KES KOBID NAIK LAGI



KKM lapor 3,934 kes baharu Covid-19

MALAYSIA mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 semalam sebanyak 3,934, berbanding 2,345 kes sehari sebelumnya.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan (KKM) CovidNow, jumlah kes jangkitan sejak permulaan pandemik ialah 4,604,670 kes.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 1,321 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,260) dan Sabah (241).

Perak mencatatkan 207 kes baharu, Johor (51), Sarawak (56), Melaka (110), Pulau Pinang (161), Putrajaya (111), Kedah (79), Pahang (72), Terengganu (33), Kelantan (29) dan Perlis (14) dan Labuan (15).

KKM juga melaporkan sembilan kematian Covid-19 semalam dengan dua diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Kes itu dilaporkan di Melaka (2), Perak (2), Selangor (2), Johor (1), Pahang (1) dan Pulau Pinang (1) menjadikan jumlah kematian kepada 35,828.

Pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 53 orang, dengan 30 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 14 Julai, 2022.

AWAS !!!

JAGA JAGA

IKUT C.U.H

AMIN

IKUT 

CARA UNTUK

HIDUP

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: