Khamis, 21 Julai 2022

SORANG LAGI MINAH HILANG


Gadis 19 tahun hilang selepas pergi kerja sejak Jumaat lepas

SEORANG remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar bapanya ke tempat kerja di sebuah kilang pengeluar barangan berasaskan getah di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor, dekat Ipoh, sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, berkata kehilangan Norshahira Razali telah dilaporkan oleh bapanya pada Sabtu lalu di Balai Polis Kanthan Baru.

Katanya, gadis tersebut tinggal bersama keluarga di Taman Lintang, Sungai Siput, dekat sini.

“Remaja berkenaan telah dihantar ke tempat kerja oleh bapanya sekitar jam 7.30 pagi dan dikatakan telah keluar dari kilang berkenaan kira-kira 10 minit kemudian dan sehingga kini, masih gagal dikesan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Yahaya berkata gadis itu, berketinggian kira-kira 152 sentimeter (cm), berkulit cerah dan berbadan kurus, kali terakhir dilihat memakai baju kerja kilangnya berwarna putih.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Khantan Baru, Sarjan Mohd Nazari Abdul Rahman di talian 05-2012422 bagi membantu siasatan. – Bernama, 20 Julai, 2022.

KALI INI

LAPOR POLIS

CEPAT

AMIN

MINAH MUDA INI

DI SAMBAR OLEH

GARUDA ATAU

DISOROK

HANTU KOPEK

KAH KAH KAH

ATAU LARI 

DG BALAK

KAH KAH KAH

ATAU  KENA

CULIK HANTAR

KE KAMBOJA

JADI HAMBA

PROJEK SCAM

CHINA MERAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: