Ahad, 7 Ogos 2022

GTA - GERAKAN TIBAI AMNO


Gerakan Tanah Air

TIDAK sempat 24 jam daripada pengumuman Gerakan Tanah Air (GTA) selaku gerakan rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang “mementingkan diri sendiri” oleh Dr Mahathir Mohamad, sudah wujud suara-suara sumbang yang menyindir dan merendah-rendahkan inisiatif ini. 

Anehnya, suara-suara “iri hati” ini kebanyakannya datang daripada parti politik serta pemimpin yang melaung-laungkan kebajikan rakyat serta keperluan untuk kerajaan yang memikirkan rakyat sebelum pangkat, kedudukan dan kuasa. Pelik tetapi benar. 
Lebih misteri sehingga ke tahap mencuit hati adalah suara pemimpin-pemimpin “senior” daripada Pakatan Harapan (PH)/PKR/DAP yang menyatakan sebarang gerakan bermotifkan bangsa/agama akan lari daripada perjuangan sebenar membina negara bangsa.

Nampaknya bukan sahaja Melayu tetapi bangsa lain pun mudah lupa. 

Bukankah faktor Dr Mahathir dan formula penyatuan/pemerkasaan Melayu yang membantu PH menakluki Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)?


Di manakah kritikan dan serangan sebegini sewaktu Deklarasi Rakyat? Mengapa bisu dan pekak empat tahun lalu? Atau mungkinkah pada masa itu Dr Mahathir dan penyatuan Melayu perlu untuk mereka-mereka ini merasa kerusi empuk di persada kuasa? 

Untuk mengetahui GTA ada wajarnya para pengkritik danpenganalisa ini benar-benar memahami medan politik masa kini. 

Pertempuran bagi Malaysia bukanlah di bandar-bandar atau kotanya sahaja. Medannya bukan di ruang-ruang alam maya atau di kedai kopi berhawa dingin. 

Perang sebenar adalah di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Ya. Di sawah bendang, di Felda, di pinggir bandar, di perkampungan.

Pendek cerita, di kawasan Melayu tegar. Di kawasan-kawasan yang PKR, DAP, PH tidak boleh tembusi. Di kawasan PH bergantung pada Dr Mahathir semasa kempen PRU14. 

Pada PRU14, semasa seluruh negara mempunyai musuh bernama Najib Razak dan Umno yang menyeleweng daripada perjuangan asalnya, Dr Mahathir menubuhkan Bersatu.

Parti Melayu yang diimpikan untuk menjadi pengganti Umno.

Pada masa itu mereka yang kini mengkritik GTA tanpa segan silu berganding bahu untuk memastikan Najib dan rejim kleptokratnya rebah.

Ini kerana mereka sedar tanpa sokongan orang Melayu, PH tidak mempunyai peluang langsung. 

Namun, perkahwinan Bersatu dan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan.

Peperangan dalaman PH serta nafsu individu gilakan jawatan perdana menteri akhirnya membawa kepada perceraian.

Semuanya kerana pemimpin Melayu yang tamak kuasa dan gila jawatan. 

Mahu tidak mahu kita mesti akui kini hampir tiga (3) tahun pasca Langkah Sheraton, krisis politk masih belum reda.

Krisis ketidakstabilan politik ini lebih parah apabila keadaan ekonomi pula tenat. Serba-serbi menjadi beban pada rakyat.

Bagai cuka ke luka, kita disaji pula dengan kepimpinan Melayu-Islam yang tidak mempunyai kredibiliti dan kelayakan. 

Apabila sesebuah negara mengalami permasalahan sebegini, hanya satu langkah sahaja yang boleh diambil. Mesti ada perubahan radikal dari segenap peringkat.

Oleh itu, satu gerakan massa mesti dilakukan. Untuk itu satu GTA dilancarkan. 

GTA ini cukup jelas motifnya. Ia satu gerakan massa (mass movement) yang persis dan tuntas kepada: 

i. Mengangkat dan membela nasib orang Melayu;

ii. Ditubuhkan untuk menyelamatkan negara daripada politk mementingkan diri sendiri; 

iii. Untuk menubuhkan kerajaan yang bebas rasuah. 

Buat masa ini, GTA terbuka kepada semua orang Melayu yang dahagakan perubahan untuk sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.

Tiada  langsung sebarang syarat yang dikenakan oleh pengerusi mahupun pendokong pendokong GTA untuk menyertainya. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahukan Melayu berprinsip dan berkelayakan. 

Harus ditekankan juga GTA ini adalah satu gerakan rakyat. Ia tidak rasis. Mengapakah setiap kali sesuatu pertubuhan, persatuan atau parti berteras Melayu dimulakan ia dilabelkan rasis?

Mengapakah apabila bangsa atau kaum lain menubuhkan parti ia dilabel “hak Perlembagaan”? 

Rakyat kebanyakan perlu sedar bahawa mana-mana pihak yang mentadbir negara ini mesti melakukannya di dalam ruang lingkup sempadan Perlembagaan Persekutuan.

“Rule of Law” akan memastikan hak bangsa, kaum dan agama setiap rakyat terbela dan terjaga. Bukan hanya orang Melayu tetapi kaum lain  juga.

GTA berpegang pada naratif tersebut. 

Seperkara yang harus diingati juga adalah GTA ini bersifat inklusif. Lihat sahaja pada senarai anggota jawatankuasanya. Parti politik, pemimpin masyarakat, anggota profesional, golongan cerdik pandai, NGO dan individu berpengaruh. Segala lapisan disantuni kerana harus diingat, Melayu bukan milik orang politik sahaja. 

GTA dilihat boleh membawa kepada perubahan. Inilah sebabnya ramai yang “menggelupur” tiba-tiba kerana sedar rakyat kini mempunyai alternatif kepada parti tradisional Melayu lain.

Kesanggupan GTA untuk menjadi lawan utama Umno menunjukkan tiba masanya rakyat benar-benar menyokong gerakan ini.

Parti Melayu/Islam seperti PAS dan Bersatu telahpun tewas. Mulanya lawan Umno, kini kawan Umno. Dibeli serta dibuai dengan jawatan dan pangkat. 

Orang Melayu memerlukan parti/gerakan Melayu. Hanya GTA memahami orang Melayu.

Apabila GTA terbuka kepada semua lapisan Melayu, gerakan rakyat ini mestilah dibawa ke tahap lebih tinggi iaitu pembentukkan Melayu yang berwibawa kerana bangsa Melayu yang berwibawa mampu menundukkan Melayu yang durjana. 

Jelas GTA ingin memperjuangkan prinsip-prinsip integriti, amanah dan melawan rasuah. Malah jelas juga GTA menyasarkan kawasan majoriti Melayu. 

GTA juga jelas ingin menyatukan kekuatan orang Melayu dalam sosio-ekonomi dan pendidikan. Kembali menjadi “Harimau Asia” juga salah satu matlamat penubuhannya.
 – 6 Ogos, 2022.

Muhammad Rafique Rashid Ali , peguambela & peguamcara Pejuang.

GTA

GERAKAN TIBAI

AMNO

AMAT BAIK

AMIN

GTA  SATU

GERAKAN

DENGAN

SATU FOKUS

SATU AGENDA

TIBAI AMNO

AMIN

SOKONG SOKONG

SOKONG

AMIN

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana ada TT oikk...GTA

Gerakan Takut Anwar..

Tanpa Nama berkata...

Kalau orang lain buat pakatan politik, kau bising kata kena buat khemah besar. Kalau Mamaktua Kerala buat, kau sokong. Walau ngan parti Ibrahim Ali dan Parti kaum Eee yang jadi balunan wajib blog ni. Walau parti Mamaktua Kerala dah hangus segala deposit kat Johor, kau masih agungkan parti Mamaktua Kerala ni. Kalau parti lain ada politikus tua kau balun, walaupon Mamaktua Kerala tu pemegang rekod politikus aktif yang paling tua di Malaysia Dan mungkin seluruh dunia. Segalanya makin kabur, nampk perjuangan kau kini hanya utk menjulang Mamaktua Kerala, walau apa berlaku. Apapon aku respek pilihan kau, walau aku tak rasa kau pernah respek pilihan orang lain. Berjuanglah bersama Mamaktua Kerala. Aminn.

zaharuddin ahmad berkata...

Setelah mendengar telatah TDM mengeluarkan kata-kata bahawa orang melayu/isle perlu diselamatkan..aku jadi pelik ...nak diselamatkan dari siapa..?Dari cinaDAP ke.?Dari indiaMIC ke.?Dari siapa..???setelah puas memikirkan..baru aku faham.. sebenarnya utk diselamatkan dari puak-puak lebai pas walaun dgn rekaan fatwanya..dari warlord UMno yg merembat harta negara..yg memiskinkan kaum sendiri..dari kaum elite melalui monopoly nya...dari penguatkuasaan berasuah/bersekongkol ngn pemodal berkepentingan ..dari penjawat awam yg perjudikan masa depan rakyat asalkan poket penuh...dari politikus yg mengeluarkan dasar dan hukuman berat sebelah..melalui akta kasta rekaan mereka..tak heran lah ada yg mengesyorkan ketelitian kepada pengambilan tanah/penguasaan ekonomi olih warga asing dan double standard pihak majlis..semuanya berkepentingan dari bawah hingga keatas..yg salahnya kita sendiri..kita yg memilih orang yg otaknya tarok kat jubo utk mewakil kita..kita yg menjerit-jerit kat tepi jalan kerana RM50 dan nasi bungkus...kita yg merosakan masa depan kita sendiri..kita yg enggan terima bahawa setiap manusia ada pilihan sendiri..pilihan yg akan menjaminkan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita


Tanpa Nama berkata...

Pundek lu satu agenda. Tibai umno kepala butuh. Agenda bersepah2. Nak pecahkan undi. Nak halang Anwar. Nak selamatkan kroni. Dan Dan Dan paling lancau nak naikkn boboi jd pm. Semua org tau..tt saja bodo atau buat xtau..psal tt jammed nk sokong pH pH dh xlayan lu..kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Gang Theft Auto nak selamatkan Melayu/Islam dari Atok Saka dan bagi free passage kpd parasit Boboi