Ahad, 7 Ogos 2022

SABRI BLURBERY SELAMAT



Perikatan sokong Ismail Sabri hingga akhir penggal Parlimen, kata ahli MT

PERIKATAN Nasional (PN) akan menyokong kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sehingga akhir penggal Parlimen, kata Ronald Kiandee.

Ahli majlis tertinggi PN itu berkata, ia bagi memastikan kestabilan politik terjamin.

“Pilihan raya umum akan diadakan juga kerana penggal Parlimen akan berakhir tahun depan,” kata Kiandee, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan, kepada pemberita di Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

“Sehingga hari ini, kami komited menyokong kerajaan bagi memastikan kestabilan politik dalam negara sehingga tempoh masa yang dibenarkan oleh perlembagaan.”

PN dilaporkan kecewa dengan perdana menteri berikutan keputusannya membatalkan mesyuarat pada saat-saat akhir.

Pertemuan itu bertujuan membincangkan rasa tidak senang PN terhadap perdana menteri dalam pelaksanaan terma perjanjian kerjasama politik antara mereka, termasuk mengenai pelantikan timbalan perdana menteri daripada Bersatu.

Semalam, Ismail Sabri berkata sekiranya PN menarik balik sokongannya, pilihan raya umum akan diadakan.

“Jika sokongan itu (PN) ditarik balik, maka pilihan raya mesti diadakan segera.”

Ismail Sabri juga berkata, beliau menyedari desas-desus PN bercadang untuk menarik balik sokongannya kepada kerajaan.

“Saya sedar perkara ini. Kita tinggal di negara demokrasi jadi sesiapa sahaja bebas untuk berkata-kata.” – 7 Ogos, 2022.

SABRI BLURBERI

LAWAN TOWKAY

KAH KAH KAH

TOWKAY TAK

MARAH

KAH KAH KAH

MASIH SELAMAT

HINGGA HABIS

PENGGAL

AMIN

SEMUA NAK LIHAT

NAK TENGOK

NAJIB MASUK JIL

SEBELUM PRU15

AMIN

NAJIB DLAM JIL

JADI AGENDA

BESAR UNTUK

GEROMBOLAN

BERKEMPEN

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: