Isnin, 17 Oktober 2022

ADA PENYOKONG RASUAH DALAM PARTI PAS

 




Pas tidak akan bermusuh dengan UMNO – Takiyuddin


KUALA LUMPUR – Setiauaha Agung Pas,  Takiyuddin Hassan berkata, sekalipun Pas gagal dalam rundingan namun parti itu tidak mahu bermusuh dengan UMNO.

“Saya tak anggap begitu, kenyataan presiden Pas pun mempereratkan lagi hubungan dalam PN, tetapi tidak pernah menyatakan tidak bekerjasama dengan UMNO.

“Kalau perhatikan betul-betul kenyataan daripada Presiden Pas tidak ada. Bila kita sebut penyatuan ummah, kita tidak boleh bermusuh.

“Walaupun tak boleh berkawan, jangan bermusuh, jangan isytihar sebagai musuh, itu tak boleh,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, Pas menangguhkan hasrat bekerjasama dengan UMNO bagi membolehkan parti Melayu itu menjernihkan kekeruhan yang timbul termasuk dibebani isu rasuah.

Abdul Hadi ketika menyampaikan kuliah Dhuha, di Pantai Peranginan Kelulut, Marang semalam berkata, Pas memilih untuk bersama PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia kerana Abdul Hadi mendakwa pemimpin UMNO rakus mahu memerintah negara dan masih menerima rasuaH.

Dalam pada itu, Takiyuddin menjelaskan, meskipun Pas dan UMNO belum mencapai kata sepakat, namun masih ada jalan untuk mengelakkan pertembungan kerusi dalam PRU15.

“Sekiranya gabungan tak dapat, ada aturan macam persefahaman antara parti.

“Mungkin parti tertentu letakkan calon, parti ini tak letak calon, boleh jadi begitu.

“Bukan saya nak katakan ada, boleh jadi begitu, bila kita tidak berjaya menubuhkan gabungan bersama, kita boleh berbincang dari segi persefahaman,” katanya lagi. 

JELAS PARTI PAS

ADA DUA KEPALA

AMIN

SATU DIPIMPIN

HADI AWANG

YG ANTI RASUAH

AMIN

SATU LAGI

DIPIMPIN TAKI

YANG PRO RASUAH

AMIN

LEPAS PRU15

TIM PRO RASUAH

AKAN KAUTIM

DENGAN GENG

RASUAH  UNTUK

TUBUH KERAJAAN

SUNNAH WAL RASUAH

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

hamim berkata...

TT, Taki ni dah merasa nikmat menjadi menteri, dalam tidurpun dia mengigau hendak bekerja sama dengan gerombolan, dalam erti kata bahasa Ku Li, bila bila masa dia ni sanggup ngangkang kepada gerombolan....betul tak?

Tanpa Nama berkata...

Kah kah tak percaya cakap orang politik tak kira parti apa, parti bukan lambang peribadi manusia, manusia lemah kalau tengok duit banyak, lutut lemah, mulut ternganga, hari degup kuat, apa lagi kalau ketulan USD kah kah kah, sifat manusia begitu, tak payah lah cakap tak mahu duit percuma, yang dok hulu hilir kempen ini untuk apa? Berkhidmat untuk negara? Berkhidmat untuk rakyat ? Kah kah kah memang luar cakap begitu tapi hasrat dalam nak duit, nak elaun, nak gaji, kalau boleh jawatan, PM,B itu sifat manusia tak kira agama apa pun, sama sama saja kah kah nak tipu cakap depan, tak payah dolak dulih kiri kanan gostan amin