Isnin, 17 Oktober 2022

HAMID BADOR CALON REMBAU




Bekas KPN Hamid Bador antara calon GTA tanding Parlimen Rembau, kata Pejuang


GERAKAN Tanah Air (GTA) telah menamakan bekas ketua polis negara (KPN) Abdul Hamid Bador sebagai salah seorang calon berpotensi untuk bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketua Penerangan Pejuang Ulya Aqamah Husamudin berkata nama Abdul Hamid disenarai pendek sebagai calon berpotensi untuk menentang Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan di Rembau, Negeri Sembilan.

“Ia masih belum dimuktamadkan (jika Abdul Hamid dinamakan sebagai calon untuk menentang Mohamad Hasan) tetapi beliau berpotensi,” kata Ulya Aqamah.

Mohamad, bekas menteri besar Negeri Sembilan, akan bertanding di Rembau pada PRU15 akan datang. Beliau menggantikan Khairy Jamaluddin yang merupakan ahli Parlimen Rembau sejak 2008.

PRU15 akan menjadi pilihan raya pertama Abdul Hamid jika GTA menamakannya sebagai calon untuk Parlimen Rembau.

Abdul Hamid menghabiskan sebahagian besar kerjayanya sebagai pegawai cawangan khas. Beliau juga pernah menjadi pengarah agensi itu sebelum dinaikkan pangkat sebagai KPN pada 2018 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Abdul Hamid merupakan tokoh kontroversi sebelum kemenangan PH pada 2018 apabila beliau secara terbuka mengkritik urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau telah ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri tetapi memilih untuk meletakkan jawatan dalam pasukan polis.

Beliau dilantik semula sebagai pegawai kanan polis sebulan selepas PH mengambil alih Putrajaya.

The Malaysian Insight ketika ini sedang menunggu jawapan daripada Abdul Hamid.

Pada 10 Oktober lepas, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membuka laluan kepada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian pada 20 Oktober. – 17 Oktober, 2022.

WOIT

INI MENARIK

AMIN

MINTA DIA

BUKA FAKTA

KENAPA JO LO

TAK DAPAT

DI BAWA PULANG

AMIN

HAMID PASTI TAU

PERANAN

CHINA MERAH

AMIN

HAMID PASTI

TAU CUKONG

KEPALA DADAH

KEPALA LENDIR

YANG KONTROL

EKONOMI GELAP

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: