Khamis, 6 Oktober 2022

CETAK HUTANG


Malaysia tidak boleh terus meminjam untuk bayar hutang, kata ketua audit

MEMINJAM untuk membayar hutang hanya boleh menjadi langkah jangka pendek dan sementara, kata Nik Azman Nik Abdul Majid.

Ketua audit negara itu berkata Putrajaya perlu mencari penyelesaian jangka panjang kepada masalah itu.

“Memang benar pinjaman sentiasa dibuat untuk membiayai terutamanya perbelanjaan pembangunan.

“Tetapi pada tahun ini dan tahun lepas apabila terdapat Covid-19, sebahagian daripada pinjaman itu digunakan untuk membiayai usaha kerajaan memerangi pandemik dan bagi merangsang penjana ekonomi untuk membantu syarikat terjejas Covid,” kata Nik Azman kepada media hari ini susulan keluaran edisi terkini Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) kepada Parlimen hari ini.

Nik Azman berkata Jabatan Peguam Negara memahami situasi dihadapi Putrajaya tetapi menegaskan peningkatan hutang semasa tidak boleh diteruskan.

Awal hari ini, dalam satu kenyataan, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Who berkata pihaknya bimbang dengan trend peratusan tinggi hasil negara menuju ke arah membayar hutang.

“Daripada RM62.317 bilion yang diperuntukkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan, hanya RM40.994 bilion (65.8%) digunakan untuk tujuan perbelanjaan pembangunan, berbanding RM37.53 bilion (77.3%) pada 2020.

“Sebanyak RM12.612 bilion (20.2%) digunakan untuk menanggung liabiliti dan komitmen jaminan PFI (inisiatif kewangan swasta), dan RM8.711 bilion (14%) digunakan untuk tujuan mengklasifikasikan perbelanjaan mengurus untuk pembangunan,” katanya dalam kenyataan itu.

LKAN bagi penyata kewangan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan agensi negeri bagi 2021 dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum ini.

Mengenai laporan itu, Nik Azman berkata Jabatan Audit Negara menambah baik laporan itu dengan menyediakan maklumat grafik mengenai dapatan audit bagi meringkaskan hasil audit secara keseluruhan.

“Infografik itu diharapkan dapat membantu pembaca mendapatkan maklumat penting daripada audit yang dijalankan dengan cepat dan tepat.”

Nik Azman menjelaskan laporan itu mengandungi beberapa perkara penting, termasuk pengesahan penyata kewangan kerajaan persekutuan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021, yang menunjukkan gambaran tepat dan saksama kedudukan kewangan kerajaan bagi tahun berkenaan. – 6 Oktober, 2022.  

WOIT

INI BAHAYA

AMIN

BERAPA BILION

BELANJA UNTUK

LAWAN KOBID ?

AMIN

PINJAM ?

ATAU CETAK DUIT ?

AMIN

INI JALAN CEPAT

MENUJU KE

 SRI LANGKA

AMIN

JALAN PINTAS

KE PAKISTAN

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salah tetap salah, bukan pasal pembangunan bukan untuk rakyat tapi setiap curi, setiap masa rasuah, setiap hari tipu wang negara, kah kah kah, mana tahan, sejak 1957 sampai sekarang tadbir urus, curi berterusan tak kira siapa, semua nak buat duit, kah kah kah apa lagi mahu orang Kita, sampai bangkrap kah kah

hamim berkata...

TT, apa saranan atau cadangan TT untuk mendapatkan duit bagi membayar hutang, pembangunan, pengurusan dan lain lain, apakata minta pihak yang dipertanggung jawabkan menyiasat mana mana wang dan harta negara yang telah disonglap dan disakau tidak kira siapa dan tidak kira dimana disembunyikan diushakan sehingga dapat dikembalikan kepada negara dan sumbatkan perompak penyamun tersebut kedalam penjara, tapi....jangan cadangkan laksanakan semula GST kerana rakyat yang akan membayar, rakyat yang akan jadi mangsa

Tanpa Nama berkata...

Boleh pinjam utk bayar hutang jika kadar faedah hutang baru jauh lebih rendah dari hutang lama. Kalau kadar faedah dah naik kira gali lubang lebih besar kambus lubang kecik. Lagi parah hutang lama masa USD1=MYR3.02 skrg USD1= MYR3.60 dulu hanya perlu RM3.02 utk byr hutang USD1 skrg kena bayar RM3.60 bagi hutang USD1. Tak perlu ijazah ekonomi pun.

capt salai berkata...

Cetak duit baru bagi masa untuk tukar lambat duit lama tak laku..nanti duit dalam peti pak menteri pak yb akan timbul dari bawah katil