Khamis, 6 Oktober 2022

PRU15 TAHUN INI



PM di Istana Negara lebih kurang sejam

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob berada di Istana Negara lebih kurang sejam untuk majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong petang ini yang menjadi tumpuan umum di tengah spekulasi Parlimen akan dibubar dalam waktu terdekat.

Ismail Sabri yang dilihat masuk ke perkarangan Istana Negara melalui Pintu Utama pada 3.45 petang kemudian keluar melalui pintu sama pada 4.45 petang.

Ismail Sabri hanya melambai tangan kepada wakil media yang menunggu di luar Istana Negara.

Sebelum majlis menghadap yang dijadual pada 4 petang, Ismail Sabri memberitahu pemberita pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hanya untuk urusan Jemaah Menteri.

Urusan lain, yang difahami termasuk soal tarikh pilihan raya dan pembubaran Parlimen, akan dibangkitkan sekiranya sempat. 

Majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong adalah rutin biasa perdana menteri setiap minggu sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Mesyuarat Jemaah Menteri dijadualkan pada sebelah pagi esok sementara Belanjawan 2023 dijadual dibentang di Dewan Rakyat pada 4 petang.

Sebelum menerima perdana menteri menghadap, Al-Sultan Abdullah pada sebelah pagi berkenan melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Ampang.

Lawatan bertujuan meninjau persiapan agensi berkaitan menghadapi kemungkinan bencana banjir dalam waktu terdekat.

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor berkata Al-Sultan Abdullah bertitah supaya pihak berkuasa memberi perhatian kepada sistem amaran awal bencana untuk menghadapi banjir. – 6 Oktober, 2022.  


PARLIMEN AKAN

DIBUBAR

AMIN

PRU 15 AKAN

DIADAKAN

12 NOVEMBER

AMIN

BANJIR TAHUN 2022

AKAN DITANGGUH

KE TAHUN DEPAN

MELALUI 

KERJASAMA

ZAHID & MAIL BERA

DENGAN BANTUAN

BOMOH JAWA

KAH KAH KAH

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lawak lah TT kah kah kah banjir ditunda bukan Raya, kah kah terbaik Bro, segala boleh hanya di negaraku dimana pemimpin pencurik satu Fi dunia kah kah

Tanpa Nama berkata...

rakyat diminta bersedia dengan gugel..takut2 air banjir dalam, boleh mengundi sambil menyelam