Selasa, 18 Oktober 2022

SATU TABEK UNTUK MUDA


Pengundi Muar selesa dengan Muda, mahu Syed Saddiq kekal ahli Parlimen

PENGUNDI di Muar, Johor, bersedia untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, mereka berkata parti ahli Parlimen Muar yang berasaskan anak muda itu telah membuktikan keupayaan mereka walaupun baru dalam arena politik.

Yang lain masih membawa sentimen mereka akan mengundi mana-mana parti kecuali Barisan Nasional (BN) atau parti mereka yang berpaling tadah, menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas hanya 22 bulan memerintah.

Seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Jalil berkata beliau akan mengundi untuk Syed Saddiq atau sesiapa sahaja daripada pembangkang.

“Orang dalam parti (Muda) ini muda, dinamik dan kita boleh lihat apa yang Syed Saddiq lakukan apabila orang memerlukan bantuan.

“Daripada memberi bantuan semasa pandemik Covid-19 hinggalah kepada pelajar dan penduduk Muar, mereka telah melakukannya.

“Rakyat kawasan itu dijaga. Itulah yang kita panggil pemimpin, wakil rakyat,” kata lelaki berusia 55 tahun itu.

Jalil mengalu-alukan kerjasama pilihan raya antara Muda dengan PH, mendakwa ia akan menguntungkan pembangkang.

Beliau berkata walaupun Syed Saddiq tidak bertanding di Muar, beliau akan mengundi untuk calon Muda atau PH.

“Sesiapa sahaja dari Muda atau PH, adalah pilihan saya,” kata bapa kepada empat anak itu.

Seorang lagi pengundi, Tee, 34, berkata beliau akan mengundi Syed Saddiq kerana ahli Parlimen Muar itu tetap setia kepada rakyat tanpa mengkhianati mereka dengan berpaling tadah.

“Syed Saddiq mempunyai peluang untuk melompat (parti) tetapi dia tidak melakukannya. Sebaliknya beliau menubuhkan parti baharu dengan golongan belia dan terus membantu penduduk di sini.

“Dia berdepan tekanan, orang ramai membuat tuduhan (jenayah) terhadapnya tetapi dia tidak berundur. Dia tetap dengan keputusannya (tidak berpaling tadah). Itulah jenis pemimpin yang saya mahu undi,” kata ahli perniagaan itu.

Tee berkata beliau tidak akan sekali-kali mengundi BN atau sesiapa sahaja daripada Perikatan Nasional, atau mana-mana parti yang mempunyai pembelot.

“Saya tidak mahu mengundi BN kerana nasib kita akan sama seperti 60 tahun lepas dan ia akan menjadi satu langkah ke belakang.

“Apabila kita fikir rakyat Malaysia ada perubahan, beberapa ahli politik gila kuasa berpaling tadah yang menyebabkan kerajaan PH tumbang.

“Jika bukan kerana mereka, PH akan terus menjadi kerajaan,” katanya.

Tee berkata beliau akan mengundi Muda dan berharap Syed Saddiq bertanding di Muar. – 17 Oktober, 2022.

SATU TABEK

UNTUK MUDA

AMIN

PARTI MASA

DEPAN ANAK

UNTUK

SEMUA BANGSA

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni ke yg masuk duit parti dalam akaun asb..kahkahkah..come on lah isham..spesis wayang kuat takkan lu sokong kot...

Tanpa Nama berkata...

Pencuri curi 200ribu dalam rumah anak muda ni... KAH 56x
Itu yg pencuri jumpa....
Yang tak jumpa?
Yang letak kat tempat lain?
Yang kat tangan balaci dia?
Yang kat sponsor dia?


Kah 87x

Isyam.. bila nak mai aloq staq ni?....

Tanpa Nama berkata...

Eh silap bukan 200.....tapi 250ribu.... suku juta...

Kikikikiki

Tanpa Nama berkata...

Orang muar tidak mcm org pekan