Rabu, 5 Oktober 2022

TAKUT PADA ROSMAH


Saksi tidak berani tanya Najib mengenai derma AS$100 juta

BEKAS pengarah urusan kumpulan AmBank Cheah Tek Kuang memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang beliau tidak berani bertanya mengapa Najib Razak menerima derma AS$100 juta daripada Arab Saudi pada 2011.

Cheah, yang merupakan saksi ke-39, berkata demikian ketika disoal siasat peguam bela utama Mohammed Shafee Abdullah ketika lawatannya ke rumah bekas perdana menteri itu bagi membantu membuka akaun Ambank untuknya.

“Najib berkata beliau akan menerima AS$100 juta daripada Arab Saudi. Saya tidak berani bertanya kepadanya apa-apa soalan lagi,” katanya.

Shafee menyoal Cheah jika beliau bertanya kepada Najib mengenai derma itu dan mengapa sumbangan diterima dari Arab Saudi, kerana beliau perlu menjawab kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Cheah menjawab apa yang beliau tahu ia adalah derma dan balik selepas meminta Najib menandatangani beberapa dokumen untuk membuka akaun bank.

Shafee kemudian bertanya kepada Cheah mengenai perjalanannya ke rumah Najib dan apa yang berlaku semasa pertemuan itu.

Cheah berkata ketika itu beliau dibawa ke kediaman Najib di Kenny Hills untuk membincangkan urusan akaun banknya.

“Saya dijemput berhampiran rumah saya dan ada konvoi kereta menuju ke rumah Najib. Ketika itu saya juga melihat Low Taek Jho atau Jho Low di dalam sebuah kereta,” katanya.

“Saya masuk ke dalam rumah dan kemudian ke bilik berasingan daripada Jho Low. Beliau tidak bercakap dengan saya dan saya langsung tidak bercakap dengannya.”

Cheah juga berkata Jho Low tidak mempunyai sebarang urusan dengan Ambank.

Katanya, beliau hanya bertemu Jho Low beberapa kali, yang sering datang lewat.

Semalam, Cheah memberitahu mahkamah beliau bertemu bekas gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz untuk memaklumkannya mengenai dana masuk Najib.

Beliau berkata selepas bertemu Najib, beliau membuat temu janji untuk bertemu dengan Zeti.

Cheah berkata tujuan pertemuan itu adalah untuk memaklumkannya mengenai pembukaan akaun Najib dan kemasukan dana AS$100 juta dari Arab Saudi.

Najib sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah membabitkan RM2.28 bilion dalam dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Beliau menghadapi 25 pertuduhan - empat bagi salah guna kuasa dan 21 untuk pengubahan wang haram - bagi kesalahan yang dilakukan antara 2011 dan 2013.

Beliau kini sedang menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana daripada SRC International. – 5 Oktober, 2022.

WOIT

TAKUT PADA

NAJIB ATAU

TAKUT PD ROSMAH

KAH KAH KAH

RAMAI TAKUT

DENGAN ROSMAH

KERANA ADA

BOMOH KERALA

KAH KAH KAH

AMIN

SEKARANG YG

TAKUT PD NAJIB

WARGA JIL KAJANG

KAH KAH KAH

MANA TAHU

KALAU ADA HANTU

IKUT NAJIB

MASUK JAIL SAMA

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: