Jumaat, 18 November 2022

PAK LEBAI SAMAN RAFIZI


Tuan Ibrahim saman Rafizi berhubung kelulusan projek tebatan banjir

MENTERI Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man memfailkan saman terhadap Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung kelulusan beberapa projek termasuk projek tebatan banjir kepada sebuah syarikat.

Tuan Ibrahim, 62, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid, semalam (17 November) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Mohd Rafizi, 45, sebagai defendan tunggal.

Dalam pernyataan tuntutannya Tuan Ibrahim mendakwa Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada dua sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dan kenyataan itu turut disiarkan secara langsung di YouTube defendan pada 7 dan 9 November lepas.

Timbalan Presiden PAS itu mendakwa kenyataan fitnah tersebut membawa maksud dalam tempoh kerajaan sementara, terdapat rundingan, perbincangan dan usaha melibatkan plaintif giat dijalankan bagi meluluskan projek bernilai RM2 bilion kepada syarikat Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus untuk kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat.

Plaintif juga mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud beliau meluluskan dua projek loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan di Papan, Daerah Kinta dan satu projek pembinaan rangkaian paip pembetungan di kawasan Petaling Jaya kepada Mangkubumi, kesemuanya berjumlah lebih RM2.3 bilion selain berkomplot dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika itu dalam penganugerahan projek-projek di bawah Program Jana Wibawa secara rahsia.

Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu adalah suatu pembohongan, tohmahan jahat dan penyelewengan direka-reka berdasarkan kepada versi fakta yang diputar belit untuk memberi gambaran bahawa beliau secara tidak jujur melangkaui kuasa selaku menteri dalam kerajaan sementara serta seorang yang tidak amanah.

Menurut plaintif, kenyataan fitnah itu menimbulkan tanggapan dan persepsi buruk terhadap beliau selaku pemimpin politik yang sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Islam dalam pentadbirannya, dikecam warga maya melalui media sosial yang mana plaintif tidak berupaya untuk menjawabnya serta memberi penjelasan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkannya dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu, Inggeris di Facebook milik defendan, laman sesawang PKR, Twitter serta YouTube defendan dalam tempoh 14 dari tarikh penghakiman selain menarik balik atau memadam keseluruhan kenyataan media di laman sosial sama dalam tempoh 48 jam dari tarikh penghakiman.

Plaintif juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan, ejen atau pembantunya menyiarkan dan menerbitkan apa-apa kenyataan serta video serupa secara langsung atau tidak langsung selain menuntut ganti rugi am, teladan dan keterlaluan.

Peguam Yusfarizal Yussoff mewakili Tuan Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah memfailkan saman tersebut. – Bernama, 18 November, 2022

MENTERI PUDEK

JAGA ALAM

SEKITAR

AMIN

BAHASA INGGERIS

PUN TAK FASIH

AMIN

SURUH EJA THE

PUN TAK TAHU

KAH KAH KAH

GLOBAL WARMING

TU GAPO ?

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah inilah pemimpin Melayu Isle cemerlang yang ada, asyik asyik Isle, asyik asyik Melayu tapi berkurap rasuah, bergolek dengan korupsi siang malam, cermin diri dulu wahai Lebai, bukan semua yang pakai kopiah menjadi alim ulamak, malah Lebai lagi kuat songlap duit kah kah kah nak pamer alim ulamak menjadi ular ular berbilang kah kah kah , senang nak kenal pasti seperti TT cakap, kalau nafi ITU benar benar berlaku, Mahiaddin sapu 500 billion lain lain sapu sakau mana yang dapat ITU budaya Melayu Isle sekarang Amin syukur alhamdulliah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kehkehkeh..koyak ke geng kena?