Jumaat, 11 November 2022

RAFIZI AKAN DISAMAN



Rafizi dakwa tak takut disaman Tuan Ibrahim


RAFIZI Ramli mendakwa beliau tidak takut disaman oleh Tuan Ibrahim Tuan Man atas dakwaannya yang menteri alam sekitar itu meluluskan projek tebatan banjir RM2 bilion selepas Dewan Rakyat dibubarkan.

Timbalan Presiden PKR itu berkata beliau sudah menerima surat tuntutan daripada pihak Tuan Ibrahim susulan pendedahannya yang Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) telah melantik Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus bagi projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2.

“Saya tidak mahu surat tuntutan yang dihantar semalam menjadi alat kempen semata-mata dalam tempoh berbaki kempen PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15), tetapi selepas itu ia tidak berakhir dengan saman di mahkamah.

“Saya mahu ke mahkamah kerana saya ada bukti yang kukuh mengenai pendedahan saya itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi dilaporkan mendakwa Tuan Ibrahim, yang juga timbalan presiden PAS, sedang dalam proses meluluskan projek melalui rundingan terus bagi rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 itu.

Semalam, Tuan Ibrahim telah menghantar surat tuntutan dan memberi tempoh tujuh hari kepada Rafizi untuk memohon maaf dan mencadangkan pampasan yang sesuai kepadanya.

Surat yang dihantar melalui firma guaman Yusfarizal Aziz & Zaid itu turut menyatakan Rafizi perlu memohon maaf secara terbuka melalui media.

Rafizi berkata sejak pendedahannya itu, beliau mendakwa Tuan Ibrahim cuba memberi gambaran yang ianya rekaan dan palsu.

“Saya kecewa dengan reaksi Tuan Ibrahim dan kepimpinan PAS yang cuba memberi gambaran mereka tidak tahu apa-apa.

“Malah, kempen PAS telah bertumpu sepenuhnya kepada menyerang peribadi saya untuk mengalihkan perhatian bahawa logiknya Tuan Ibrahim TAHU memang projek berjumlah RM2 bilion ini telah pun diluluskan oleh kerajaan untuk tindakan beliau sebagai menteri Kasa,” katanya.

Rafizi juga menekankan yang projek sebesar ini telah dipercepatkan keputusannya supaya kelulusan diberikan sebelum PRU15.

“Buat masa ini, saya berharap Tuan Ibrahim tidak berselindung di sebalik satu surat tuntutan untuk mencuci tangan dari tanggungjawab beliau mengenai projek ini.”

Rafizi berharap Tuan Ibrahim dapat bersabar selepas mencabarnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sudah tentu laporan SPRM akan dibuat sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat.” – 11 November, 2022.

SAMAN JANGAN

TAK SAMAN

AMIN

ENTAH ENTAH

PAK LEBAI WAK NI

ACAH ACAH AJE

KAH KAH KAH

 GERTAK KEELING

NAK SAMAN

TAPI TAK SAMAN

AMIN

INI NAMANYA

SAMAN 

HARI SELASA

KHALAS

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro tt..rafizi ni politikus..ramai rakyat marah dgn politikus.lu sendiri ckp kita tidak bole serahkan masa depan diri kpd politikus.tapi gua pelik dgn lu bila lu dijemput utk berckp mengenai politik malaysia.ana kunfius bro..ada yg kata rafizi ni angkuh,blum jd kerajaan dah angkuh dgn wartawan MalaysiaNOW..MalaysiaNOW plak lidah pengarang Azmin ali pengkhianat..azmin ali pun politikus, artikal lu disiarkan dimedia politikus..adusss...

Tanpa Nama berkata...

sehinga hari ini mana hilangnya SPR. mana SOP banjir..pak mail kata nak meeting dgn SPR..apa hasil meeting atau meeting sb nak suh askar mula mengundi hari ni..mana SPR..mana SPR..bro..bole lu tolong heloo helo dgn SPR..kenapa media tak cari SPR, nape tak interview SPR? ketua editor marah ke? ketua2 editor sudah dibeli BN PN PAS ke..

Tanpa Nama berkata...

Tak kan pak lebai nak menipu, tapi dh tau dh ujung2 pak lebai jawap dia tak tahu.. Hanat

Tanpa Nama berkata...

bro..first come to first..sebelum saman rafizi,apa nama sebenar tuan ibrahim tuan man ni..adakah spesis muhyidin asalnya mahiaddin.

Tanpa Nama berkata...

mangkabumi mangkabumi mangkuk hayun..ismail sabri bapak dafi, tengku zafrul menteri banker, tuan ibharim tuan man lembu pendek pas..ini 3 nama penyanggak..siap2 buat projek, nanti PH menang, PH terpaksa bayar pampasan kpd mangkabumi utk cancel projek..ini auta lama.kerajaan selangor dah masak dgn taktik ni.

Tanpa Nama berkata...

Bila DAP nk saman org yg ckp DAP komunis?? Hentikan tuduhan di mahkamah atau bila DAP tak hentikan tuduhan, makna nya mmg benar DAP komunis..