Isnin, 12 Disember 2022

APA JADI PEROJEK KJ ?


Jamal cadang jawatan Presiden UMNO, timbalan tak dipertandingkan

KUALA LUMPUR – Jangan pertandingkan jawatan Presiden UMNO dan timbalannya dalam pemilihan parti akan datang.

Itu cadangan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,  Jamal Md. Yunos dan mahu supaya usul tersebut dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 bulan depan.

Menurut beliau, ia adalah kerana UMNO masih lagi dalam keadaan rapuh dan tidak stabil.

“Walaupun UMNO mengamalkan sistem demokrasi tetapi apa yang berlaku yang kalah tidak dapat menerima kekalahan dan melakukan gerakan agar yang menang didesak untuk meletakkan jawatan seperti apa yang berlaku sebelum pemilihan pada tahun 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UMNO perlu mengadakan pemilihan di semua peringkat bagi penggal baharu dalam masa enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berakhir, seperti yang dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO 2021.

Kali terakhir parti itu mengadakan pemilihan adalah pada 30 Jun 2018.

Pemilihan yang sepatutnya berlangsung tahun ini ditangguhkan bagi mengelakkan perpecahan dalam UMNO menjelang PRU-15. – 

WOIT

APA AKAN

JADI DENGAN

PROJEK KHAIRY

NAK JADI PRESIDEN

KAH KAH KAH

KHAIRY ADALAH

SOSOK PALING

SESUAI UNTUK

PIMPIN GEROMBOLAN

AMIN

BIJAK HEBAT

PANDAI BAHASA 

INGGERIS

PANDAI 

BAHASA ISTANA

DAN

PALING AFDAL 

KHAIRY

KENAL JD DAN JW

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tinggal lah KJ, engkau dah dapat peluang masa anak menantu, masa orang lain pulak, ramai ahli kabinet sanak saudara, kah kah kah ini Malaysia bro, jangan patah hati, yang hilang akan muncul, yang ada akan hilang, rumit kan? Lah kah kah biasa lah politik asal kaum asal agama memang begitu, penting jaga kaum jaga agama sendiri, yang lain perlu bila nak undi saja, kita jumpa balik 5 tahun lagi ya, apa muslihat Oxford ada lagi tak? Maybe next time yang tak boleh cakap English jadi PM pastinya kah kah jadi oxford tak pakai, mereka nak sekolah pondok lah demi agama bangsa negara woit kah kah kah