Selasa, 27 Disember 2022

BANJIR REDA ??


Jumlah mangsa banjir di 4 negeri kekal, Kelantan menurun

SITUASI banjir di Kelantan bertambah baik dengan bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan setakat pagi ini.

Di Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak pula melibatkan satu daerah dengan jumlah mangsa berlindung di PPS tidak berubah.

Di Kelantan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir berkurang kepada 718 orang daripada 246 keluarga berbanding 1,235 orang daripada 428 keluarga malam tadi.

Kesemua mereka ditempatkan di lima PPS di jajahan Pasir Mas dan Tumpat.

Di Terengganu, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan Besut merupakan satu-satunya daerah yang masih terjejas dengan dua PPS dibuka iaitu Masjid Kampung La yang menempatkan 126 orang manakala Balairaya Kampung Pantai 12 mangsa.

Jumlah mangsa 138 orang daripada 41 keluarga itu kekal seperti malam tadi.

Di Perak, menurut Sekretariat JPBN jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak kekal seperti semalam dengan 62 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART).

Di Sabah, mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud juga kekal 135 daripada 56 keluarga dengan PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan menempatkan 62 mangsa daripada 26 keluarga dan  Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa menempatkan 73 mangsa daripada 30 keluarga.

Sementara itu, jumlah penduduk di persisir pantai terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan ke PPS Sandakan dan Pitas akibat fenomena air pasang besar juga kekal 1,454 mangsa daripada 299 keluarga.

Sarawak kekal merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 91 orang yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong di Sebuyau dan Dewan Serbaguna Kampung Rimba Padi di Serian. – Bernama, 27 Disember, 2022.

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Sabah, Labuan


JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlaku hingga esok.

Keadaan cuaca tersebut di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

MetMalaysia mengeluarkan amaran itu pada 12 tengah malam tadi. – Bernama, 27 Disember, 2022.



AWAS

BERJAGA JAGA

AMIN

Tiada ulasan: