Isnin, 5 Disember 2022

BUKAN. AGENDA TELO


PM arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menyiasat dakwaan perbelanjaan mencecah hampir RM600 bilion tanpa tender yang dikatakan berlaku semasa era kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, Kementerian Kewangan telah memaklumkan tentang beberapa pelanggaran melibatkan perbelanjaan yang tinggi itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyerahkan kepada badan siasatan untuk melihat sejauh mana pelanggaran, rasuah atau penyelewengan berlaku.

“Saya telah mengarahkan untuk disemak semula sebab ia tidak dibuat secara telus, tiada proses tender yang lengkap.

“Jadi, kita perlu menyemak semula utuk memastikan kita mematuhi prosedur kewangan yang ketat untuk memastikan semuanya dilakukan dengan betul,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya, hari inI.

Pada 30 November lalu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan dana RM600 bilion yang dikatakan berlaku semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Muhyiddin hari ini menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan beliau tidak takut untuk disiasat.

Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan bahawa pentadbirannya tidak berkompromi dalam isu tatakelola dan antirasuah serta menempelak pemimpin tertentu yang lantang menggunakan istilah kleptokrasi walhal ahli keluarga mereka turut disyaki terlibat dalam urus niaga yang besar.

Beliau turut mengingatkan mereka agar bersedia untuk bersikap telus dan disiasat sekiranya mahu isu tersebut ditangani.

“Siasatan tidak boleh dilakukan secara terpilih. Itu pendirian kami. Saya percaya pasukan Kabinet saya bersunggguh untuk memastikan kami mengikut peraturan yang ketat dan prinsip tata kelola yang baik,” jelasnya.

Anwar berkata, setakat ini Kabinet belum membincangkan tentang penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan RM600 bilion tanpa tender itu.

“Setakat yang saya tahu dan diberi maklumat oleh pegawai-pegawai, ada beberapa pelanggaran yang agak serius terutama bila perolehan terlalu banyak.

“Jadi bila kita luluskan projek, jadi mark up itu terlalu tinggi dan dana itu sampai kepada parti-parti tertentu yang memperlihatkan keupayaan mereka berbelanja luar biasa,” katanya.

Sementara itu, beliau mengumumkan cabutan khas perjudian dikembalikan kepada kekerapan yang terdahulu iaitu lapan kali setahun mulai 1 Januari depan.

Dengan keputusan itu, Anwar membatalkan keputusan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu awal tahun ini yang menaikkan kekerapan cabutan khas perjudian kepada 22 kali setahun.

“Begitu dengan isu perjudian ini, sebahagiannya digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya, perlu siasat itu, parti Melayu, parti Islam tetapi dana datang dari syarikat perjudian,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, secara peribadi, beliau tidak mahu terlalu banyak menumpukan kepada perkara-perkara lama kerana mahu lebih fokus terhadap menguruskan ekonomi negara dan memberi keyakinan kepada pelabur.

“Sekarang ini nampak sambutan sangat baik. Ramai yang telah minta temu janji, syarikat-syarikat pelaburan dari India, China, Amerika Syarikat dan Eropah untuk minggu akan datang.

“Saya akan tumpu lebih banyak untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan esok pagi saya akan ke Kementerian Kewangan,” katanya.

SOKONG

INI ROMPAKAN

LEBIH BESAR DARI

KES 1MDB

KHALAS

PASTI ZAFRUL

TAHU KERANA

DIA JAGA DUIT

AMIN

KHALAS

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betoi .. zaprul ada nuar mof ada .. makna dia pm arah menteri mof siasat.. kah kah kah ni siasat ke siasatan politik.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalu zafrul tak jd mintri takde apa2 maklumat boleh dpt tentang 600b ini tp bila dia jd mintri bolehlah korek2 harap dia belot.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah tak takut tak takut tapi munke kewangan masuk geng lain kah kah kah syukur senang sikit sikit kah kah kah, Abah jadi top tiba tiba, masa singkat terus menjadi juara kah kah kah senang jadi Yang senang nak jadi PM, kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Semuanya pusingan demi pusingan, semua curi curi masa pegang kuasa, yang tak kena tangkap tak salah, selain ITU semua merasa juga, sama geng sama rasa nikmat duit curi, sebab ITU Singapore negara kerdil lebih maju, nilai lebih duit walau kerdil Dari semua aspek, sini semua curi rasuah atas sampai bawah atas nama agama bangsa negara kah kah kah susah

Tanpa Nama berkata...

Merujuk kepada sebahagian besar pembelian vaksin. Waktu darurat perlu tender ke?

cikminah berkata...

Semua ni hanya PR untuk kempen Bagan Serai. Langau-langau semua bersorak rm600 BILLION dgn harapan hari-hari ulang, akhirnya orang akan percaya. Tak sedar, bunyi langau is irritating, orang tepis-tepis, kibas-kibas
akhirnya, semua lari.
Habis Pilihanraya BAGAN SERAI, semua senyap sunyi. Blog ini sekarang langau PKR. Hari-hari nyanyi lagu langau yg menyakitkan hati. Bye, bye birdie....👋

Tanpa Nama berkata...

gua terbaca di koran malaysia kini, sanusi pas mb kedah kata rm600bilion ni si sanusi main sebut je.ntah betul ntah tidak..jadi anwar telah silap sb percaya kpd labon si sanusi ni..ini kenyataan jujur sosok bernama sanusi ni.diatas pentas, di khalayak ramai, dia menipu dgn ketidak pastian ni.apapun gua fikir, sanusi dan mahiaddin salah baca apa yg anwar maksudkan.org jantan asal kedah ni mmg manis mulut dan terpedaya la org2 kampung terpedaya..org betina di kedah tidak boleh jadi pemimpin.nanti rambut serabai mcm bulu jembut si jantan..hare..islam ini rahmatul alamain ke atau islam adalah agama rasis..semoga mereka mati berdarah.