Isnin, 5 Disember 2022

ZAHID BELUM DIHUKUM



Zahid belum dihukum mahkamah, kata Anwar

MANA-MANA pihak boleh mempertikaikan pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri kerana sedang dibicarakan di mahkamah, namun Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan, presiden Umno itu belum diputuskan bersalah oleh mahkamah.

Perdana menteri menjelaskan Ahmad Zahid dilantik ke dalam barisan jemaah menterinya kerana beliau juga ketua parti dan gabungan parti politik yang bersama-sama membentuk kerajaan sekarang.

“Yang pertikaikan itu siapa dan atas alasan apa? Dia (Ahmad Zahid) didakwa dan belum ada hukuman dan proses itu harus kita hormati.

“Dia juga kebetulan merupakan Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional dan dalam keadaan kerajaan perpaduan ini, saya kena kira semua faktor itu,” kata Anwar pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Anwar menjawab soalan wartawan yang meminta komennya terhadap pandangan beberapa pihak yang mempertikaikan pelantikan Ahmad Zahid sebagai menteri.

Sidang media diadakan untuk memaklumkan hasil mesyuarat pertama Jemaah Menteri pada sebelah pagi.

Selain timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid juga diberi tugas sebagai menteri kemajuan desa dan wilayah. – 5 Disember, 2022.

BETUL

WAJIB SOKONG

KAH KAH KAH

ZAHID MASIH

BICARA 

KES BELUM

SELESAI

AMIN

SEMUA BOLEH

DI ATUR 

KAH KAH KAH

KITA BOLEH

INI SLOGAN PH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tim perdana menteri boleh pengaruhi keputusan mahkamah. Perkara ni selalu berlaku di Malaysia!!! Betul tak wak ????

Tanpa Nama berkata...

zahid kalo dipenjarakan, tok mat ada dlm kerajaan perpaduan.maka KJ and isham lidah kontot bole mimpi bercumbu dgn 70 bidara dari syurga.gangster2 dah mula tidak sponsor.gangster macau scam sudah takut.bahkan islam versi taliban dari profesional2 PAS juga sudah takut.maka ditutup ketakutan dgn akta atas nama hukum, atas nama allah dan muhammad.amerika juga menggunakan panji2 perang nabi.