Rabu, 28 Disember 2022

HARI HARI AKHIR SAEKOR UMNO


UMNO tak wajar sekat pertandingan presiden, timbalan – Shahrir

KUALA LUMPUR – UMNO digesa membenarkan pemilihan bagi dua jawatan tertinggi parti iaitu presiden dan timbalan presiden.

Veteran UMNO, Shahrir Samad berkata, UMNO tidak wajar menyekat dua jawatan tertinggi parti itu biar pun Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Bila pilih pemimpin melalui pemilihan, baru parti boleh tentukan hala tuju. Takkan nak sekat. Ini demokrasi, ini caranya untuk hidupkan dan mekarkan kembali UMNO,” katanya dalam laporan Utusan Malaysia Online.

Shahrir turut berkata, UMNO tidak perlu menyekat langkah itu kerana ia dilihat ‘sihat’ untuk parti.

Malah bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, kedua-dua jawatan tertinggi itu perlu dipertandingkan kerana berkait rapat dengan suara akar umbi.

“Siapa yang boleh bertanding dan tawarkan diri, dia layak untuk bertanding. Yang nak mengundi ramai, jadi kena teruskan amalan ini,’’ katanya.

Kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan adalah pada 2018 lalu di mana jawatan Presiden dimenangi Ahmad Zahid Hamidi selepas menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara beliau, Khairy Jamaluddin dan seorang lagi veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Manakala Mohamad Hasan pula dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO selepas menewaskan  Annuar Musa.

WOIT

SHAHRIR

TAK FAHAM

AMIN

ZAHID NI KUNCI

KERAJAAN

AMIN

TANPA ZAHID

TALIBAN MASUK

BERKUASA

AMIN

JADI ARAB

ORANG MELAYU

 SEMUA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau si zahid penyamun perasuah ini kena sumbat ke penjara, apa oula komen en tt?
mangkuk zahid ini ada 47 kes mustahil tak sangkut. eh ke dah lepas bebas?
65juta kes kapal perang tu?