Ahad, 18 Disember 2022

ISMAIL SABRI DI KETEPIKAN



Masa depan Ismail Sabri suram, kata pemerhati

BEKAS perdana menteri Ismail Sabri Yaakob telah diketepikan sama sekali dalam Umno malah peluangnya untuk kekalkan jawatan naib presiden parti pada pemilihan akan datang sangat tipis, kata pemerhati dan pemimpin Umno.

Mereka berkata Ismail Sabri terpaksa menanggung nasib sebegitu kerana beliau tidak berada dalam kem Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, selain mendesak untuk berbaik dengan Perikatan Nasional (PN), bukannya dengan Pakatan Harapan (PH).

Pemerhati berkata antara faktor ialah hakikat kebanyakan penyokong setianya digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali berkata Ismail Sabri bukan lagi tokoh yang kuat dalam Umno kerana tidak mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai naib presiden apabila ada peluang.


“Zahid sebagai presiden Umno masih dalam kedudukan yang kukuh dan dapat kawal parti.

“Tetapi, Ismail Sabri dilihat sebagai bukan penyokong Zahid dan ada penyokong sendiri. Jadi, beliau tidak dilihat sebagai salah seorang pemimpin tertinggi yang menyokong Zahid,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mazlan berkata jika Ismail Sabri masih mahu jadi relevan dalam parti, beliau perlu melawan Ahmad Zahid pada pemilihan parti Umno, dan memenangi jawatan tertinggi.

Beliau bagaimanapun mengaku ini boleh menjadi tugas yang sukar untuk ahli Parlimen Bera itu.

“Peluangnya sangat tipis dan jawatan naib presiden pun tidak selamat sebab Zahid mungkin mencalonkan orangnya untuk bertanding.”

Mazlan berkata jelas sekali pemimpin yang menyokong Ismail Sabri diketepikan Umno.

Beliau berkata pemimpin seperti Tajuddin Abdul Rahman, Shahidan Kasim, Noh Omar dan Annuar Musa tidak dipilih untuk bertanding pada PRU15 lepas.

“Kita boleh lihat mereka yang tidak sehaluan dengan Zahid digugurkan pada PRU15.

“Jadi, sukar untuk lawan Zahid dalam pemilihan parti. Masa depan politik Ismail Sabri dilihat suram.”

Tambahnya sebagai perdana menteri, Ismail bukanlah seorang pemimpin yang agresif dan mengikut arahan Zahid.

Profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania James Chin percaya Ismail Sabri dilupakan dalam politik Malaysia dan diketepikan oleh Zahid.

“Alasannya kerana beliau pernah lawan Zahid dan menyokong PN.

“Beliau juga akan berhadapan kesukaran untuk mempertahankan jawatan naib presidennya jika beliau tidak berada dalam blok yang lebih besar (kem Zahid).”

Chin berkata satu-satunya peluang Ismail Sabri untuk kekal relevan ialah mempertahankan kedudukannya dalam parti pada pemilihan akan datang.

“Bagaimanapun, beliau ada sokongan akar umbi yang terhad, mungkin sekarang ini lagi sedikit.

“Ini budaya Umno yang berasaskan naungan. Oleh sebab beliau bukan lagi perdana menteri, orang tidak pedulikannya.”

Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata Ismail Sabri kini kelihatan senyap selepas percubaannya gagal untuk menyelaraskan Umno dengan PN.

“Beliau langsung tidak dianggap oleh pucuk pimpinan Umno untuk bersama kabinet baharu.

“Beliau boleh kekal relevan sama ada dengan melancarkan cabaran yang kukuh untuk menentang Ahmad Zahid pada pemilihan parti akan datang atau cuma ikut garisan dan tunggu peluang.”

Bagi kem Ismail Sabri yang tidak dicalonkan pada PRU15, Tunku Mohar mengakui ia melemahkan kedudukan bekas PM itu dalam Umno.

“Tanpa penyokong setia yang boleh meningkatkan sokongan untuknya, ia akan jadi sukar untuk mencabar jawatan yang lebih tinggi.”

Beliau bagaimanapun berkata Ismail akan diingati atas perjanjian yang ditandatanganinya dengan PH yang membawa kembali kestabilan dalam kerajaan.

“Tetapi selain itu, beliau tidak dapat diingati untuk sebarang dasar atau program penting.” – 18 Disember, 2022.

WOIT

MI SPIK NO INGLIS

SEKARANG JADI

MI BUNGKUS

KAH KAH KAH

INI CONTOH PM

YG DIKELILINGI

OLEH MAT BEBAL

KAH KAH KAH

PENASEHAT BEBAL

PA BEBAL

PRESS SEC BEBAL

KAH KAH KAH

JADI KERAJAAN

KELUARGA BEBAL

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biar bebal ...lembab..tapi masih ada prinsip hidup tidak bersekongkol dengan peliwat dah perasuah...itu beza mereka dgn ko yg muflis didunia...apatah akhirat kelak....kah kah kah....kesian mak pak ko.....

Tanpa Nama berkata...

Awat bebal sangat ini, kalau semua bekas mantan PM diketengahkan lingkup lagi lah, aku cukup respek Pak Lah ini seorang saja, dia pernah jadi PM, lepas ITU tak pernah buka mulut, minta jawatan apa apa, senyap blah begitu, dia juga banyak jasa naik gaji, tidak curi, tidak rompak seorang yang baik, mungkin anak menantu guna dia, tapi Pak Lah orang baik, yang lain tak payah cakap lah, muka penyamun semua kah kah kah, apa dapat semua sapu, dalam politik siapa tidak sapu? UMNO begitu lah, nak jawatan kena ada sapu baru boleh jaga sokong sokong, cakap kosong habuk tarak kah kah semakin parah pun masih nak cara lama, Salam perpisahan gerombolon kah kah kah, Bersatu lagi hebat, curik lagi banyak sekelip masa, pantas lagu banyak

Tanpa Nama berkata...

Yang jadi advisor fashion guru lagi bebal..sohai