Isnin, 19 Disember 2022

KERAJAAN TITAH

Perjanjian kerajaan perpaduan tidak boleh ikat wakil rakyat sokong Anwar, kata pakar


MANA-MANA pihak yang menghalang wakil rakyat daripada mengundi terhadap usul undi percaya atau rang undang-undang di Dewan Rakyat jelas menyalahi Perlembagaan Persekutuan, kata pakar perlembagaan.

Peguam Haniff Kathri Abdulla dan ahli akademik Prof Wong Chin Huat berkata demikian bagi menjelaskan kesan daripada klausa perjanjian antara pakatan politik dalam kerajaan perpaduan yang tidak sah.

Malah mereka menambah sebarang tindakan untuk menghalang ahli Parlimen daripada mengundi menentang rang undang-undang boleh dianggap sebagai satu jenayah.

Haniff menegaskan terdapat peruntukan jelas dalam Kanun Keseksaan Jenayah yang menyatakan jika mana-mana ahli Parlimen terpaksa mengikut perkara yang tidak ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu terdedah kepada siasatan jenayah.

“Jadi saya mahu nasihatkan kepada semua presiden parti yang menandatangani perjanjian itu, jangan lupa ada peruntukan dalam Seksyen 124 (Kanun Keseksaan).

“Sekiranya ahli Dewan Rakyat terpaksa mengikut perkara yang tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak pula dipinda dalam perlembagaan parti, maka ia mungkin mendedahkan anda, pemimpin parti kepada siasatan jenayah,” kata Haniff.

Beliau berkata jika didapati bersalah, seseorang itu boleh dipenjara tujuh tahun.

“Sesiapa yang mempengaruhi atau menghalang ahli Dewan Rakyat daripada melakukan sesuatu yang dia berkuasa untuk melakukannya, dianggap melakukan jenayah, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun,” tegasnya.

Pada Jumaat, kerajaan diketuai Anwar Ibrahim menandatangani perjanjian kerajaan perpaduan dengan menyatakan setiap pihak dalam kerajaan perpaduan menyokong perdana menteri dan pentadbirannya dalam sebarang usul undi percaya atau rang undang-undang di Dewan Rakyat.

Mana-mana ahli Parlimen yang mengundi menentang kepimpinan Anwar atau rang undang-undang yang dibentangkan oleh kerajaan akan disifatkan terlucut secara automatik sebagai ahli Parlimen, menurut perjanjian itu.

Memetik artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan, perjanjian itu menyatakan pihak berkenaan kemudiannya perlu mengeluarkan notis kepada speaker Dewan Rakyat untuk mengosongkan kerusi sebelum memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai keperluan mengadakan pilihan raya kecil.


Perkara 49A menyatakan ahli parti politik yang dipilih ke Parlimen hendaklah berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat dan kerusi ahli itu akan dikosongkan serta-merta jika ahli itu meletakkan jawatan sebagai ahli parti atau berhenti menjadi ahli.

Pemimpin parti dalam gabungan itu mesti pada setiap masa memastikan ahli Parlimen parti mereka mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian kerajaan perpaduan itu.

Perjanjian itu secara berkesan memastikan usul undi percaya terhadap kepimpinan Anwar dalam gabungan itu diluluskan tanpa sebarang masalah hari ini.

Perjanjian kerajaan perpaduan itu ditandatangani Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan.

Bagaimanapun, perkara itu dipertikai pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, ahli Dewan Rakyat patut diberi kebebasan untuk menyuarakan pandangan mereka tanpa berasa terancam kehilangan jawatan mereka.

Beliau menambah perjanjian itu menjadi tidak relevan jika Anwar mempunyai jumlah mencukupi untuk menyokong pentadbirannya.

Presiden Bersatu itu mengisytiharkan syarat dalam perjanjian itu yang akan menyaksikan ahli Parlimen kehilangan kerusi mereka jika mereka mengundi menentang Anwar dalam undi percaya atau mana-mana undang-undang yang dibentangkan oleh pentadbiran, adalah tidak berperlembagaan.

“Saya tidak pernah melihat undang-undang seperti ini, dan ini boleh digunakan jika ia menyentuh undang-undang antilompat parti. Tetapi ini tidak berkaitan dengan undang-undang antilompat parti.

“Terdapat beberapa pandangan mengatakan perjanjian ini tidak berperlembagaan dan tidak sah,” kata Muhyiddin. – 19 Disember, 2022.

WOIT

INI KERAJAAN

TITAH

KAH KAH KAH

INI KERJAAN

GAYA HIDUP

AMIN

TAK PERCAYA

TANYA HADI

AMIN

TANPA PERANGAI

PARTI PAS

MUSTAHIL ADA

TITAH DIRAJA

KHALAS

Tiada ulasan: