Isnin, 19 Disember 2022

HARI PERTAMA DAH KECOH


Usul undi percaya cetus kekecohan hari pertama sidang Parlimen

KEKECOHAN tercetus di Dewan Rakyat berhubung pembentangan usul percaya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan keperluannya selepas Agong titahkan.

Semasa membacakan usul percaya kepada Anwar, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata kerajaan perpaduan dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ini mendapat respons daripada Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yang berkata titah Baginda tidak boleh digunakan untuk mempengaruhi mesyuarat Parlimen.

“Sekiranya Yang di-Pertuan Agong memberikan titah untuk mengesahkan kerajaan (perpaduan) ini, maka apa perlunya ada usul percaya,” soal Shahidan.

Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzah daripada Pakatan Harapan menjawab Shahidan dengan berkata, “ini kerana perdana menteri sekarang (Anwar) mempunyai keberanian tidak seperti perdana menteri ke-8,” katanya merujuk kepada Muhyiddin Yassin.

“Kami mempunyai perdana menteri (Anwar) yang berani tetapi perdana menteri sebelum ini (Muhyiddin) tidak dan itulah sebabnya beliau mengisytiharkan darurat,” kata Sany, yang menghadiri mesyuarat berkerusi kerusi roda selepas menjalani pembedahan. – 19 Disember, 2022.

HARI PERTAMA

DAH KECOH

KAH KAH KAH

HEBAT HEBAT

KAH KAH KAH

INI BARU SAH

PARLIMEN BUKAN

KAKI BODEK

KAH KAH KAH

KAHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Monyet monyet sudah masuk pasar, riuh kecoh, tapi tak nampak tahap mentaliti yang matang, jerit gaduh tak habis habis, nampak sangat tahap mereka macam budak tadika, bila gaduh perbahasan mengenai perkara penting tidak dibuat, asyik jerit macam monyet, speaker pula nak kontrol sarkas penuh monyet gatai punggong, belum sampai tahap digelar Yang Berkhidmat kah kah kah nak komedi berdiri buka siaran langsung Parlimen, kah kah kah Bodoh tahap gaban