Isnin, 19 Disember 2022

LOKMAN ADAM YANG LOKMAN ADAM


Bekas MKT Umno yakin Anwar akan beri keadilan kepada Najib

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam yakin Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan memberi keadilan sewajarnya kepada Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

Najib yang juga bekas perdana menteri pada Julai 2020 dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hukuman itu dibacakan hakim Mahkamah Tinggi, pada ketika itu, Mohd Nazlan Mohd Ghazali apabila mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Hukuman itu dikekalkan apabila rayuan Najib yang juga bekas ahli Parlimen Pekan itu turut ditolak di Mahkamah Rayuan sebelum dimuktamadkan di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu. 

Lokman berkata, keputusan terhadap kes Najib yang menyebabkan beliau dipenjara seolah-olah wujud konspirasi untuk menganiaya bekas presiden Umno itu memandangkan terdapat elemen konflik kepentingan.

Katanya, konflik kepentingan ini melibatkan kedudukan Nazlan sebagai hakim dalam kes SRC dan persoalan timbul apabila beliau tidak mengisytiharkan konflik kepentingan itu dan kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Hari ini yang menyebabkan dia (Najib) dipenjara ialah kerana Nazlan tidak didakwa, jadi penglibatannya jelas menunjukkan ada konspirasi dan niat jahat untuk menganiaya Najib.

"Saya yakin sekarang ini dia akan mendapat pembelaan yang sewajarnya menerusi bukti-bukit baru yang sebelum ini tidak diterima," katanya kepada MalaysiaNow.

Terdahulu, Lokman yang mewakili NGO Gabungan Gerakan Keadilan Untuk Najib hari ini menghantar memorandum kepada Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said untuk memohon semakan laporan SPRM terhadap Nazlan dan didedahkan kepada umum.

Berdasarkan memorandum itu, kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Nazlan kerana didakwa melakukan beberapa pelanggaran undang-undang  melibatkan Kanun Keseksaan, Akta SPRM 2009 dan Kod Etika Hakim 2009.

"Kami percaya bahawa Najib telah dizalimi dan tindakan mendakwa dan menghukum beliau adalah sesuatu yang telah dirancang," katanya selepas menyerahkan dokumen itu kepada pegawai tugas-tugas khas menteri undang-undang dan reformasi institusi, Gan Wen Shen di pekarangan luar bangunan Parlimen.

LOKMAN ADAM

BETUL SAHIH

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

APKAH  HAKIM

KITA TAK ADIL

AMIN

APAKAH HAKIM

KITA BERAT

SEBELAH

AMIN

ANWAR BUKAN

TUAN HAKIM

ANWAR BUKAN

KETUA HAKIM

ANWAR BUKAN 

PEGUAM NEGARA

AMIN

APAKAH LOKMAN

MAHU ANWAR

CAMPUR URUSAN

LEMBAGA 

KEHAKIMAN ?

AMIN

APAKAH LOKMAN

MAHU ANWAR

ARAH BADAN

KEHAKIMAN BUAT

SESUATU UNTUK

BOLEHKAN NAJIB

DIBEBASKAN

KHALAS

 BAGAIMANA DENGAN

ZAHID?

 BAGAIMANA DENGAN DENGAN ROSMAH ?

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

untuk jadi pM apa salahnya .. kita nak kerajaan stabil.. kalau boleh lantik zahid jadi TPM.. kenapa tak boleh tolong najib....kan. ko ni lokman la tt.. kita nak anwar jadi PM sahaja .. lain2 jangan peduli

Tanpa Nama berkata...

Sejak Bossku tak ada, mamat ini tiada punca pendapatan, kalau Bossku kembali pasti mamat ini sekurang-kurangnya Munke dalam tangan, perjuangan bagi cari makan, kalau semua konspirasi baik tutup mahkamah lah, ingat senang kah bukti bukti sampai jatuh hukuman, mahkamah bawah sampai teratas, selesai tetapi kalau keputusan tidak memihak mereka semua konspirasi, kalau musuh atau lawan semua adil, macam lah Patik Hina Mahiaddin derhaka, masa terima pingat Tan Seri bukan main cium tangan, kah kah kah bila nak suka penderhaka sebegini? Kah kah kah saja tanya jangan mate mare kah kah

Tanpa Nama berkata...

Semua geng ada masuk masuk dulu, Najiba cukup baik jaga geng support dia dulu, banyak dapat sampai berpuluh juta, nasib baik ada makhluk bernama Adam, mana Hawa? Adakah Hawa tidak dibayar hadir ke perhimpunan? Berapa kos untuk kerja begini? Saja tanya jangan marah marah ya kah kah kah. Kalau nak buat demo berapa upah? Kalau nak buat sidang media? Kalau buat video audio tukar berapa kos upah ya? Mana tahu kita pun nak juga buat kerja kerja begini untuk upah kah kah boleh tak ???