Isnin, 19 Disember 2022

TAHNIAH ARGENTINA !!!


Argentina juara Piala Dunia 2022










ARGENTINA berjaya menundukkan juara bertahan Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 melalui penentuan sepakan penalti 4-2 di Stadium Lusail, Doha, pagi ini.


Kedua-dua pasukan sebelum itu mempamerkan aksi pertarungan dramatik dan sengit sehingga terikat 3-3 pada masa tambahan, sekali gus memaksa keputusan akhir Piala Dunia ditentukan melalui sepakan penalti.

Kapten Argentina, Lionel Messi meledakkan dua gol dan penyerang Perancis Kylian Mbappe mencipta hatrik ketika perlawanan akhir itu.

Dalam perlawan hebat luar biasa tersebut, pemain gantian dari Argentina, Gonzalo Montiel, berjaya menewaskan sepakan penalti yang sekali gus menjulang negara itu untuk merangkul kembali piala selepas 36 tahun.

Juara bertahan Perancis bangun selepas ditinggalkan 2-0 dan ketinggalan 3-2 pada masa tambahan untuk menjadikan kedudukan 3-3.

Messi memulakan sepakan pertama penalti bagi Argentina menerusi sepakan penalti pada separuh masa pertama sebelum Angel Di Maria menjadikan kedudukan 2-0.

Pasukan Argentina kelihatan memburu kemenangan sehingga Mbappe menjaringkan dua gol pada minit ke-80 dan ke-81 untuk menyamakan kedudukan 2-2.

Messi kemudiannya meletakkan Argentina di depan dengan 3-2 pada masa tambahan selepas menerjah masuk dari jarak dekat apabila rembatan Lautaro Martinez ditepis penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.

Rakan sepasukan Messi di Paris Saint-Germain, Mbappe, kemudiannya menjaringkan gol untuk membawa permainan ke penentuan penalti.

Penentuan sepakan penalti dimulakan Messi dan Mbappe yang dengan mudah menjaringkan penalti mereka.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Perancis selepas Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menyempurnakan sepakan gol penalti. Kemenangan Argentina dimuktamadkan oleh sepakan penalti Gonzalo Montiel.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melalui Twitter menyifatkan pertembungan dua gergasi itu sebagai perlawanan akhir Piala Dunia terbaik.

Messi dipilih sebagai pemain terbaik Piala Dunia 2022 selepas membawa Argentina sebagai juara dengan menewaskan Perancis pada aksi final.

Kejayaan itu menyaksikan pemain berusia 35 tahun itu muncul pemain pertama memenangi dua kali anugerah berkenaan selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik pada Piala Dunia 2014. – AFP, 19 Disember, 2022.

TAHNIAH

AMIN





Tiada ulasan: