Ahad, 4 Disember 2022

KES MAHKAMAH MACAM MANA ?



Dilantik TPM, Zahid perkukuh kedudukan dalam Umno, kata penganalisis

PELANTIKAN Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri akan mengembalikan pengaruh dan kuasanya dalam Umno meskipun dipersalahkan atas prestasi Barisan Nasional (BN) yang teruk pada pilihan raya umum lalu, kata penganalisis.

Menurut mereka, pelantikan ke dalam Kabinet itu akan memberi lebih banyak ruang untuk beliau membina sokongan bagi menghadapi pemilihan parti yang mesti diadakan dalam tempoh enam bulan ini.

Berkata kepada The Malaysian Insight, mereka melihat Zahid kini boleh melalui sesi pemilihan itu dengan yakin tanpa bimbang ditekan untuk berundur.

Pemerhati politik veteran Sayuti Omar berkata kedudukan Zahid yang goyah dalam Umno selepas pilihan raya umum itu akan pulih apabila beliau berada dalam Kabinet Anwar Ibrahim.


Katanya Anwar membuat keputusan tepat bagi memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan dengan menamakan Zahid sebagai timbalannya meskipun pemimpin Umno itu sebahagian daripada kluster mahkamah.

“Kedudukannya dalam Umno sudah tentu akan makin kuat walaupun beliau ada banyak kes mahkamah. Ini tradisi Umno, apabila mendapat jawatan dalam Kabinet terutama yang tinggi seperti timbalan perdana menteri, mereka akan dapat sokongan yang diperlukan.

“Ini juga akan mengukuhkan kerajaan yang dipimpin Anwar. Ia membawa kestabilan dan ia situasi menang-menang untuk Anwar dan kawan lamanya Zahid.

“Ya ia nampak tak cantik atas kertas tapi ini penyelesaian terbaik dan kita perlu terimanya demi memastikan Kabinet itu berfungsi,” katanya.

Zahid merupakan salah seorang daripada dua timbalan perdana menteri yang dilantik dalam Kabinet Anwar tapi pelantikannya itu menerima pelbagai reaksi daripada rakyat susulan pengerusi BN itu sedang berdepan 47 pertuduhan di mahkamah.

Beliau juga dilantik sebagai menteri kemajuan desa dan wilayah.

Ramai yang melihat pelantikan Zahid itu menghantar mesej yang salah terhadap pendirian Anwar menentang rasuah sementara ada yang berpendapat tindakan itu perlu bagi memastikan kestabilan kerajaan. 

Di Facebook, Zahid menyifatkan lantikan ke dalam Kabinet itu bukan ghanimah (harta rampasan perang) namun tanggungjawab yang besar.

Ramai melihat pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menghantar mesej yang salah terhadap pendirian Anwar Ibrahim menentang rasuah.

Kelebihan untuk Zahid

Ahli akademik Dr Mazlan Ali turut senada dengan Sayuti dan mengatakan lantikan Zahid itu akan menarik lebih banyak sokongan.

Tambahnya, masa depan Zahid juga cerah untuk berdepan dengan pemilihan parti tahun depan.

“Beliau akan lebih kuat dan dapat sokongan yang diperlukan sebab dalam Umno, bila anda pegang portfolio penting macam Zahid, ahli dan pemimpin bahagian akan sokongan.

“Ini amat penting sekarang bila Zahid menerima banyak tekanan dari ramai pemimpin Umno supaya dia letakkan jawatan. Kini Zahid ada kelebihan dan akan dapat lebih banyak sokongan. Masa depan dia cerah,” kata Mazlan.

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno dan BN mendesak agar Zahid berundur malah sehari selepas kalah pada PRU15, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi turut menggesa agar Zahid meletakkan jawatan sambil menyifatkan Melayu kini jelas sudah menolak Umno.

Ketua Pemuda Umno Kota Raja Sheikh Weshal Sheikh Ahmad turut bersetuju Zahid perlu bertanggungjawab atas kekalahan BN.

Malah Khairy Jamaluddin turut mendesak agar Zahid mengosongkan jawatannya dan menggesa perubahan Umno perlu dilakukan segera dengan presidennya mesti meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata partinya telah hilang keyakinan terhadap Zahid dan mendesak agar Zahid memberi laluan kepada pemimpin lain untuk mengetuai gabungan itu.

Bekas Naib Presiden MIC C. Sivarraajh turut mendesak Zahid berehat dan memberi laluan kepada orang lain.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata pelantikan Zahid boleh memberi suntikan semangat kepada Umno selepas kekalahan teruk pada PRU15.

Beliau turut bersetuju sesiapa yang menyokong Zahid juga akan menerima tempias pada pemilihan parti tahun depan.

“Kem Zahid boleh masuk pemilihan parti itu dengan yakin. Jika Zahid bukan sebahagian daripada Kabinet atau BN putuskan untuk tidak jadi sebahagian daripada Perikatan Nasional, Zahid boleh kira harilah.

“Tapi dengan Zahid sebagai TPM, Umno boleh kembalikan kekuatan selepas kalah PRU15. Anwar tak ada pilihan, demi kestabilan dia terpaksa,” kata Hisomuddin. – 4 Disember, 2022.

WOIT

KES MAHKAMAH

MACAM MANA?

AMIN

APAKAH ZAHID

AKAN BEBAS ?

AMIN

ATAU TANGGUH

SAMPAI MENANG

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: