Ahad, 4 Disember 2022

ANTARA KERUSI PM DENGAN RASUAH ?


Zahid pemenang sebenar PRU15

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi jelas merupakan pemenang sebenar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Apatah lagi, beliau memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) berkuasa.

Naratif “satu undi untuk BN satu undi untuk Ahmad Zahid” yang dilaungkan PH sebelum ini, kini menjadi “undi PH dapat Ahmad Zahid”.

PH sebelum ini menjadikan presiden Umno itu sebagai kambing hitam dalam BN-Umno, menggunakan nama beliau untuk menarik pengundi daripada membuang undi untuk calon BN lain. Namun kini segala-galanya berubah, malah dalam masa yang sangat singkat.

PH bukan sahaja membentuk kerajaan perpaduan dengan musuh lama BN malah Ahmad Zahid telah diangkat sebagai timbalan perdana menteri dalam Kabinet Anwar.

Naratif “satu undi untuk BN adalah undi untuk Ahmad Zahid” bagiamanpun telah menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU15, dengan cuma menang 30 daripada 178 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Ia kekalahan paling teruk parti itu.

Beberapa nama terkenal seperti bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin, bekas menteri kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, timbalan ketua Umno Johor Mohamad Nur Jazlan, setiausaha agung BN Zambry Abdul Kadir antara nama besar yang tewas, sebahagian besarnya kerana kesan besar slogan itu dan sentimen anti-Zahid.

Malah Ahmad Zahid berjaya menewaskan Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PH di kubunya sendiri di Bagan Datuk dengan majoriti tipis 348.

Bagaimanapun, selepas PRU15, Ahmad Zahid dan BN lah yang memegang kunci kuasa di Putrajaya kerana PH mahupun Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan sendiri.

Perlu juga diingat hubungan persahabatan dan kesetiaan antara Anwar dan Ahmad Zahid telah lama sejak sekian terjalin.

Dengan sokongan BN kepada Anwar, parti-parti lain seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan lain-lain memutuskan untuk mengikut jejak BN.

Persoalan tentang Zahid

Namun, persoalan di benak kebanyakan rakyat Malaysia ialah: adakah Anwar akan beri ganjaran kepada Ahmad Zahid atas kesetiaannya, terutamanya apabila presiden Umno itu dicemari dengan kes rasuah?

Sebelum PRU15, perlu diingat PH lantang dengan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan individu yang dikaitkan dengan rasuah.

Tetapi ianya berubah sebaik sahaja Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10.

Mungkin dengan menyedari pentingnya Ahmad Zahid, Anwar dalam sidang media pertamanya berkata “seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mereka yang menghadapi pertuduhan rasuah akan dimasukkan dalam Kabinetnya.

Malah beberapa hari sebelum penamaan Kabinet, Anwar sekali lagi menyifatkan yang beliau telah mengubah fikiran dengan berkata akan mempertimbangkan pandangan semua pihak mengenai kemungkinan melantik wakil rakyat yang berhadapan pertuduhan rasuah.

Desas-desus sudah kencang ketika itu yang Ahmad Zahid berkemungkinan besar akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Ketika barisan kabinet diumumkan, Ahmad Zahid juga diberikan portfolio tambahan iaitu menteri kemajuan desa dan wilayah.

Ini tanggungjawab yang besar, terutamanya apabila PH dan BN cuba memenangi semula sokongan pengundi luar bandar yang telah beralih kepada PN pada PRU15.

Persoalan lebih besar juga timbul apabila Anwar memberikan Ahmad Zahid tugas penting dalam kabinetnya. Mengapa keistimewaan tersebut hanya untuknya?

Bagaimana pula dengan pemimpin PH yang turut berhadapan kes jenayah tetapi diketepikan daripada Kabinet?

Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengekalkan kerusi mereka walaupun dalam perbicaraan tidak dimasukkan dalam Kabinet Anwar.

Satu perkara yang jelas. Anwar memerlukan sokongan Ahmad Zahid agar kerajaannya kekal berkuasa. Mungkin ini cara Anwar memberi ganjaran kepada Ahmad Zahid.

Ke mana hala tuju kita selepas ini? Adakah kes rasuah timbalan perdana menteri akan digugurkan? Tidak boleh dipastikan namun apa yang kita boleh buat cuma tunggu dan lihat.

Apa yang jelas, di sebalik semua serangan PH terhadap Ahmad Zahid semasa PRU15, panglima perang Umno itu sebaliknya yang menjadi pemenang sebenar pilihan raya ini! – 4 Disember, 2022.

WOIT

ANTARA RASUAH

DGN KUASA

KAH KAH KAH

ANTARA RASUAH

DGN KERUSI PM

KAH KAH KAH

MANA LEBIH

MUSTAHAK

KAH KAH KAH

INI REALPOLITIK

MUSTAHIL TAK

FAHAM

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

paham.. tapi kenapa lu tanya orang .. yang tak paham lu.. yang cakap, yg bagi idea ni bukan orang lain anwar dengan idea reformasinya.. orang lain mmg dah paham lama.. tapi puak2 lu yang selama ni tak paham.. buat tak paham. lu hasut orang lu, lu buatbhuru hara.. sakng ni lu tanya kenapa tak paham .. lu haprak la tt ..

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Yang terus bergaduh ini hanya Melayu Isle, bangsa lain senyap senyap dah, habis undi selesai, lain lain hangpa uruskan, nak timbul kah, nak tenggelam kah hangpa dipantik uruskan, tanggungjawab kami dah selesai cuma pastikan kos Barang turun, kehidupan lebih baik ekonomi naik ringgita nail lain lain peduli, asyik tikam Komen Komen puak puak sama bangsa sama agama apa macam ini wahai TT?.kenapa Melayu saja banyak masalah tak habis habis ini,.bangsa lain settle sambung kerja dah kah kah kah Cuba Komen sikit