Ahad, 4 Disember 2022

MUHYIDIN JANGAN MEROYAN


Muhyiddin berhentilah meroyan, contohi DAP – Zahid

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional,  Muhyiddin Mohd. Yassin kelihatan seperti meroyan selepas gagal untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurut Timbalan Perdana Menteri,  Ahmad Zahid Hamidi, tidak sampai 24 jam jemaah menteri diumumkan, Presiden Bersatu itu menuduh kerajaan dan Kabinet dibentuk atas penipuan terhadap mandat rakyat.

Ahmad Zahid berkata, Muhyiddin seolah-olah lupa bahawa perlantikan Perdana Menteri adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Muhyiddin perlu akur terhadap pembentukan Kabinet Perpaduan.

“Dengan kata lain, pelantikan Perdana Menteri kemudian disusuli oleh pelantikan ahli jemaah Menteri ialah perlu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Muhyiddin perlu menghormati segala pelantikan ini dan tindakan Mahiaddin dan sekutunya yang cuba mempertikaikan segala pelantikan ini adalah gambaran wajah sebenar Mahiaddin dan sekutunya yang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu,” tegas Ahmad Zahid.

Tambah beliau, bekas Perdana Menteri itu perlu berasa malu kerana dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu.

Muhyiddin katanya, perlu mencontohi DAP yang lebih mementingkan negara berbanding parti dan individu selain bergerak ke hadapan demi menjayakan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

 WOIT

ZAHID CAKAP

BETUL

JANGAN MEROYAN

KAH KAH KAH

KALAU TAK

PUAS HATI

SUSUN RAKYAT

KE JALAN RAYA

KAH KAH KAH

MEROYAN BUAT

APA  - 

TAKDA HASIL

KHALAS

1 ulasan:

Isketambola berkata...

Mana tak meroyannya...rakyat lagi meroyan. Penat main dan jaringkan gol...tiba-tiba pengadil alih tiang gol dan ikut cakap kapten lawan yang kalah. Politik macam ini ada lagi ke di Malaysia ??????PENIPU BESAR.
p/s: Tt kau jangan sembunyikan perasaan rakyat.