Jumaat, 9 Disember 2022

RUMAH SARANG RASUAH SEDANG DIBAKAR


Annuar Musa antara 3 pemimpin bahagian dipecat dari Umno

ANNUAR Musa antara tiga pemimpin bahagian Umno yang dipecat dari parti pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam tadi, lapor media.

Ahli MKT Umno Mohd Puad Zarkashi yang bercakap kepada media selepas mesyuarat itu tidak menyebut nama mereka yang dipecat, sebaliknya hanya berkata mereka ialah seorang ketua bahagian dan dua ketua sayap wanita.

Mereka dipecat atas alasan berkempen melawan parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) baru-baru ini.

Annuar, ketua bahagian Umno Ketereh, setakat ini belum mengesahkan laporan berkenaan.

Namun melalui satu tulisan di Facebook berkata beliau sekarang hanya mampu melihat sebuah rumah pusaka yang terbakar, dipercayai merujuk kepada Umno.

“Saya sayang rumah itu. Saya cuba memadam kebakaran supaya jangan lebih ramai penghuninya lari.

“Ketika api masih marak, dan ramai yang terus lari meninggalkan rumah, tiba tiba saya ditarik keluar dari api yang membakar.

“Kini saya hanya mampu melihat kebakaran dari luar,” tulisnya, dalam satu hantaran yang disertakan gambar beliau berkempen semasa pilihan raya di Padang Serai.

Annuar antara pemimpin Umno yang tidak dicalonkan semula pada PRU15.

Beliau yang lantang mengkritik kepimpinan Umno dan hala tuju parti selepas PRU14 sebelum ini dipecat daripada jawatan setiausaha agung parti pada Januari 2021. – 9 Disember, 2022.        

INI BERITA

AMAT BAIK

AMIN

RUMAH SARANG

RASUAH SDG

DIBAKAR

AMIN

KALAU TUANYA

ADA DIDALAM

LAGI BAIK

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: