Jumaat, 9 Disember 2022

SATU LAGI PM AKAN MASUK PENJARA !!!!




SPRM fokus siasat penyelewengan dana RM92.5 bilion


SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini tertumpu kepada dakwaan penyelewengan dana kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) bernilai RM92.5 bilion yang dibelanjakan untuk langkah pengurusan Covid-19, kata agensi anti rasuah berkenaan.

Dalam satu kenyataan SPRM berkata Kementerian Kewangan memberikan butiran mengenai pecahan dana di bawah pakej rangsangan ekonomi pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19

“Hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan yang terlibat dianggarkan berjumlah RM530 bilion. Berdasarkan jumlah tersebut RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

“Jadi fokus siasatan SPRM akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion berkenaan. Pihak Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan tersebut dan akan menyerahkannya kepada SPRM pada minggu hadapan,” katanya.


Awal minggu ini Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata agensi itu membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana RM600 bilion oleh pentadbiran PN sebelum ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Kewangan mengakui beberapa pelanggaran yang melibatkan dana itu.

Kontroversi bermula pada 15 November apabila bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari menuduh kerajaan ketika itu menyeleweng RM600 bilion daripada dana kecemasan Covid-19.

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata beliau tidak takut untuk disiasat berhubung dakwaan itu. – 9 Disember, 2022.        


WOIT

MENTERI

 KESEHATAN

KHAIRY

KAH KAH KAH

MENTERI DUIT

ZAFRUL

KAH KAH KAH

MENTERI DARURAT

MUHYIDIN

AMIN

TERBAIK

SETIAP KALI

KERAJAAN BERTUKAR

ADA KES RASUAH DIBONGKAR

AMIN

KALAU NAK

KES RASUAH 

DI DAKWA

TUKAR KERAJAN

SELALU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju TT, selalu kena tukar kerajaan supaya penyamun masuk penjara kah kah kah , sebab ramai juga puak puak penyamun masih berleluasa sini sana, dalam jabatan kerajaan pun banyak malah SPRM pun banyak kes settle tutup mata kerana semua orang kita, ada kes heboh sana sini tapi semua pakat pakat settle dengan duit, punya segala kemungkaran dunia