Selasa, 20 Disember 2022

SAMAN JANGAN TAK SAMAN


Anwar saman Muhyiddin dakwaan terima RM15 juta sebagai penasihat Selangor


PERDANA Menteri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau menerima RM15 juta dari kerajaan negeri Selangor ketika berkhidmat sebagai penasihat ekonomi negeri itu.

Peguam kepada pengerusi Pakatan Harapan itu, Sankara Nair memfailkan writ saman di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Tambun itu menghantar surat tuntutan kepada Muhyiddin susulan dakwaan pada 7 Disember itu, dan mendesak permohonan maaf disiarkan di akhbar dan media.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh tidak menjawab surat tuntutan itu hingga menyebabkan kes itu dibawa ke mahkamah.

Beliau didakwa membuat tuduhan itu pada 5 Disember ketika berceramah untuk kempen calon Perikatan Nasional (PN) Azman Nasrudin di Taman Selasih, Kulim menjelang pilihan raya Parlimen Padang Serai.

Menerusi tindakan sivil itu, Anwar menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan daripada Muhyiddin, yang dinamakan sebagai defendan.

Anwar juga memohon injunksi untuk menghalang pengerusi PN itu daripada terus menyebut, menulis, menerbitkan, atau mengedarkan kata-kata fitnah yang disangkal, atau kata-kata yang mempunyai kesan sama atau serupa. – 20 Disember, 2022.


SAMAN

JANGAN TAK

SAMAN

AMIN

ANWAR TAK

AMBIL GAJI

MENANG SAMAN

BOLEH JADI

MATA PENCARIAN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: