Selasa, 31 Januari 2023

ANAK MUDA PENUH HUTANG


Majoriti belia Malaysia tanggung hutang, menurut kaji selidik

KAJI selidik dijalankan baru-baru ini mendedahkan 73% golongan belia rakyat Malaysia hidup dalam berhutang dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk melangsaikan komitmen kewangan.

Kajian dijalankan pusat penyelidikan Universiti UCSI yang dikeluarkan hari ini, menekankan beberapa punca utama golongan belia mengambil pinjaman bank – kekangan kewangan, inflasi dan mahukan gaya hidup mewah.

Pensyarah UCSI Dr Hassanudin Mohd Thas Thaker berkata kajian itu juga mendapati kebanyakan pinjaman diambil bertujuan membeli kenderaan, untuk pendidikan dan juga pinjaman pembiayaan perumahan.

Daripada 1,077 responden yang ditemui, 73% daripada mempunyai pinjaman kewangan. Ini menunjukkan kira-kira tiga per empat belia Malaysia tidak mempunyai modal mencukupi untuk komitmen kewangan.

Walaupun angka peminjam dalam kalangan belia membimbangkan, 83% daripada mereka dapat membayar ansuran bulanan pinjaman tepat pada masanya.

“Kenderaan dan pendidikan adalah faktor utama belia membuat pinjaman. Amat membimbangkan kerana menurut Jabatan Insolvensi, pinjaman kenderaan (14.39%) faktor kedua bankrap selepas pinjaman peribadi (42.24%) pada 2022,” katanya.

Hassanudin yang juga ketua Pengajian Penyelidikan dan Pasca Siswazah, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UCSI berkata kebanyakan responden tahu akibat daripada pinjaman itu, menunjukkan belia Malaysia tidak membuat permohonan tanpa pengetahuan tentang pinjaman berkenaan.

“Menurut dapatan kaji selidik itu, pertumbuhan dalam kos sara hidup dan simpanan tidak mencukupi (27%) adalah punca utama kekangan kewangan, sementara perubahan dalam gaya hidup punca utama ketiga kekangan kewangan.

“Perubahan gaya hidup mungkin penting untuk sebahagian golongan belia kerana banyak perkara berubah sepanjang pandemik.

“Antara contoh ialah pelajar universiti; peralihan dari kelas fizikal kepada online memerlukan setiap pelajar ada komputer riba dan wi-fi di rumah untuk hadir kelas online; di mana secara tidak langsung keadaan ini menjejaskan kewangan harian mereka,” katanya.

Hassanudin berkata pandemik Covid-19 memainkan peranan penting dalam menyebabkan kekangan kewangan golongan belia.

Katanya, belia tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk memulakan kehidupan baharu mereka, di mana akhirnya menyebabkan mereka membuat permohonan pinjaman wang.

“Dengan tempoh krisis kewangan semasa, inflasi juga menyumbang kepada lonjakan jumlah peminjan dalam kalangan belia di negara ini.”

Seramai 1,077 beliau, berumur antara 18 dan 40 tahun ditemubual, dengan 48% daripada Cina, 38% Melayu dan 14% Indian. – 31 Januari, 2023.

KOCIK KOCIK

DAH RAMAI 

UTANG

KAH KAH KAH

DAH BOSA

MATO BUNTANG

KAH KAH KAH

KONO JUMPO

ALONG

KHALAS

Tiada ulasan: