Selasa, 31 Januari 2023

NURUL PERLU DI RAHSIAKAN

 


Bersatu tuntut penjelasan pelantikan Nurul Izzah seolah dirahsiakan

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menuntut  Anwar Ibrahim untuk menjelaskan mengapa pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi seolah-olah dirahsiakan.

Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Wan Saiful Wan Jan berkata, walaupun pelantikan tersebut berkuatkuasa pada 3 Januari ia hanya diketahui beberapa hari lalu.

Tambah Wan Saiful, timbul persoalan berapa ramai lantikan telah dibuat tanpa pengetahuan umum.

“Saya menuntut Anwar segera nyatakan berapa ramai lantikan rahsia yang telah dibuat dan siapa lagi yang telah dilantik secara senyap-senyap

“Saya juga menuntut Anwar jelaskan kenapa perlantikan Nurul Izzah dirahsiakan.

“Selain itu, Anwar mesti jelaskan apa bidang kuasa yang diberi kepada Nurul Izzah.

Tambah Wan Saiful rakyat mengetahui ‘anak Perdana Menteri’ apabila dilantik sebagai penasihat rasmi mempunyai kuasa yang besar.

Katanya, kalau tidak kerana Nurul Izzah terlepas cakap, satu Malaysia tidak tahu mengenai pelantikan tersebut.

“Tetapi secara rahsia melantik anaknya sendiri sebagai
Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

“Padahal, Malaysia ini negara yang kaya dengan kepelbagaian dan telah melahirkan ramai pakar-pakar ekonomi dan kewangan tersohor tanah air,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor tersebut menegaskan, tidak timbul isu sama ada Nurul Izzah dibayar gaji atau melakukan tugas secara percuma.

Wan Saiful berkata, tumpuan rakyat adalah mengenai amalan nepotisme yang telah ditentang oleh kepimpinan PKR selama ini.

“Kita ada anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan, anak Iban dan pelbagai lagi. Tapi rupa-rupanya yang dipilih ialah anak Anwar! Untung jadi anak Papa!

“Apa juga alasan Anwar dah tak relevan. Hakikatnya Anwar mengamalkan nepotisme.

“Rakyat bukan mempersoalkan pro bono atau berbayar. Tetapi rakyat mempertikaikan kenapa lantik anak sendiri?” tegas Wan Saiful.

Sebelum ini, Nurul Izzah memaklumkan bahawa beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun banyak pihak tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut kerana didakwa sebagai amalan nepotisme yang tidak seharusnya berlaku dalam Kerajaan Perpaduan. 

WOIT

WAN SAIFUL

TAK FAHAM

AMIN

PERLANTIKAN

NURUL PERLU

DI RAHSIAKAN

KERANA ORANG

MACAM JENIS

WAN SAIFUL

INI AKAN HEBOH

KAH KAH KAH

NANTI AKAN

TUDUH MADANI

ITU SYARIKAT

ANAK BINI

DAN KRONI

KAH KAH  KAH

KHALAS

Tiada ulasan: