Jumaat, 3 Februari 2023

DUIT PAK LEBAI DARI MANA ?




Siasat akaun PAS dan bekas menterinya

SEBELUM ini saya pernah nyatakan, mengikut undang-undang, sebenarnya hanya orang peribadi atau parti politik boleh kutip sumbangan untuk politik. Akaun NGO dan syarikat tidak boleh digunakan untuk mengutip dana politik kerana mempunyai memorandum pertubuhan yang bukan untuk politik. 

Betul, saya ada buat fundraising guna akaun sendiri sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dahulu, dan ini bukanlah rahsia. Akaun ini juga diuruskan oleh jawatankuasa kewangan yang dianggotai oleh lima orang dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia dan Bank Rakyat. Akaun ini dibuka khusus untuk dana politik dan bukan untuk kegunaan lain. 

Butir-butir kutipan sumbangan ini dan semua rekod perbelanjaannya telah pun saya serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam laporan penyata kewangan pada bulan lalu. 

Sebelum ini saya telah nyatakan bahawa saya buka akaun ini dan laksanakan fundraising ini sebagai contoh dan template untuk cadangan Akta Pendanaan Politik yang saya perjuangkan selama ini dan akan terus perjuangkan. 

Akta ini penting supaya politik di Malaysia ini lebih telus dan bersih dan supaya anak-anak muda yang mempunyai niat yang baik serta aspirasi untuk berkhidmat dalam politik di negara ini boleh meraih dana dan berjuang walaupun mereka tidak kaya raya dan tidak korup. 

Jika tidak, politik di Malaysia ini mungkin akan hanya dikuasai oleh orang-orang kaya atau orang-orang korup atau kedua-duanya sekali. Ini tidak baik.

Dari dulu pun selepas Barisan Nasional (BN) kalah PRU14 sehingga kini, saya rasa ada saja orang yang siasat akaun saya dan ingin kaitkan saya dengan pelbagai skandal terutama semasa Bersatu jadi kerajaan selama 22 bulan dan 17 bulan dahulu. 

Walaupun demikian, Alhamdulillah semua akaun saya adalah in order dan tiada masalah. Boleh siasat saya lagi kali ini, tiada masalah. 

Namun yang sebenarnya menjadi masalah ialah apabila seseorang pemimpin politik atau sesuatu parti politik menggunakan dana daripada sumber-sumber haram dan rasuah berbilion ringgit untuk berkempen dan merasuah pengundi. 

Apabila ditanya berkenaan rasuah pengundi yang disuruh bersumpah untuk mengundi PAS dengan bayaran wang ringgit itu mereka keluarkan “dalil” bahawa bayaran itu kononnya sedekah. 

Pada masa sama mereka telah membuat rundingan terus projek kerajaan sebanyak berbilion ringgit semasa mereka berkuasa, dan tiba-tiba mereka berbelanja besar semasa pilihan raya walaupun hampir semua institusi lain dan rata-rata rakyat Malaysia mempunyai kesempitan kewangan selepas darurat dan pandemik Covid-19. Hanya Perikatan Nasional bermewah-mewah. 

Oleh itu kali ini mereka perlu jawab berkenaan dari mana mereka dapat duit ini yang besar kemungkinannya daripada sumber haram dan rasuah projek dan salah guna dana kerajaan.

Saya nasihatkan kepada PAS supaya jawab berkenaan perkara ini. Jangan guna nama Allah untuk rasuah pengundi mahupun keluarkan “dalil” untuk menghalalkan yang haram dan rasuah.

Usah menuding jari kepada orang lain untuk mengalihkan perhatian daripada kesalahan diri sendiri.

Bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan. – 2 Februari 2023. 

* Isham Jalil
Ketua penerangan Umno.




JANGAN BAGI

CHAN PAK LEBAI

KAH KAH KAH

SIASAT SELIDIK

DAKWA

BIAR RAKYAT

TAHU SAPA

PAK LEBAI

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biar adil saksama, biar telus, sesiapa saja pegang jawatan, ada cara dapatkan semua harta benda ke atas nama yang masuk jawatan atau kedudukan, isi borang tapis siasat semak, selepas habis semak balik berapa masuk sekali nama nama kroni yang tolong simpan duit mereka, mereka yang rasuah bukan bodoh, tak simpan atas nama sendiri, yang bodoh yang ego simpan sendiri tayang sampah kena tangkap kah kah kah, kalau ikut kerja SPRM ini banyak, sebab semua nak siasat 1.6 juta pekerja awam campur majlis tempatan lagi kuat pau pau isu parking sampai tarik kereta pun pau kah kah mampu kah