Selasa, 7 Februari 2023

KRONI SAPA ?

 



Serba Dinamik mohon tangguh perintah penggulungan syarikat demi kepentingan negara

PERINTAH penggulungan terhadap syarikat Serba Dinamik perlu ditangguhkan atau dihentikan kerana ia akan menjejaskan urus niaga bernilai tinggi dan kepentingan negara, kata pengarahnya dalam afidavit kepada mahkamah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini membenarkan petisyen untuk menggulung syarikat itu dan tiga anak syarikatnya susulan hutang RM5 bilion, di mana ia dikatakan kes insolvensi terbesar di mahkamah setakat ini.

Pengarah Serba Dinamik Abdul Kadier Sahib berkata perintah penggulungan itu akan menjejaskan keseluruhan kumpulan Serba Dinamik, bukan hanya Serba Dinamik Holding Bhd (SDHB), Serba Dinamik Sdn Bhd, Serba Dinamik International Ltd dan Serba Dinamik Group Bhd.

“Langkah likuidasi ini menjejaskan nilai yang diperlukan untuk menjana kewangan bagi membayar semula hutang kepada pemiutang,” kata Kadier dalam afidavit untuk menyokong permohonan penangguhan perintah penggulungan itu.

Syarikat itu memohon penangguhan itu sehingga rayuan mereka di Mahkamah Rayuan berhubung perintah penggulungan itu didengar.

Hakim Ahmad Murad Abdul Aziz dijangka membacakan keputusannya berkenaan permohonan penanggunghan interim pada 10 Februari. Beliau kemudian akan mendengar usul syarikat itu untuk penangguhan kekal berhubung perintah penggulungan itu pada 6 Mac.

Dalam afidavitnya, Kadier menyenaraikan beberapa projek milik Serba Dinamik dan anak syarikatnya yang akan terjejas teruk jika tidak diberikan penangguhan perintah penggulungan sehingga rayuan itu selesai.

Beliau menyenaraikan Hab Tenaga Bersepadu Bintulu (BIEH), Taman Perindustrian Eko Pengerang (PeIP), Pusat Industri Minyak & Gas Bintulu (BOGC) dan Universiti Sains Komputer dan Kejuruteraan Malaysia (UNIMY) sebagai projek yang mempunyai kepentingan negara.

Selain itu, katanya projek antarabangsa seperti Hab Inovasi dan Pusat Data di UAE dan loji klor-alkali di Uzbekistan dan Tanzania juga perlu dihentikan atau dibatalkan akibat perintah penggulungan itu.

“Sebaik saja projek seperti ini dianggap terbengkalai, kos pendahuluan untuk memulakan ia kembali akan sangat ketara terutama daripada segi kelulusan baharu, pembiayaan dan perancangan rantaian bekalan,” katanya. – 7 Februari, 2023.

WOIT

HANYA SATU

NAK TANYA

AMIN

HUTANG BANYAK

SAMPAI 5 BILION

AMIN

NAK TANYA

SYARIKAT INI

KRONI SAPA?

KHALAS

Tiada ulasan: