Selasa, 7 Februari 2023

SYARIKAT UITM - KRONI SAPA ?

UiTM Holdings rugi RM157 juta, lapor media

UiTM Holdings Sdn Bhd, anak syarikat pelaburan Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang sepatutnya menjana pendapatan kepada universiti itu dilaporkan mengalami kerugian terkumpul sehingga RM157 juta sejak empat tahun lalu, lapor Utusan Malaysia.

Kerugian itu direkodkan antara 2017 hingga 2021, lapor akhbar itu yang memetik laporan kewangan UiTM Holdings kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. UiTM Holdings juga didapati tidak memaklumkan laporan kewangannya bagi tahun 2020.

Kerugian itu dikatakan berpunca daripada pelaburan perniagaan yang tidak menguntungkan termasuk projek penerbitan filem, selain pengurusan tidak cekap hotelnya Intekma Resort & Convention Centre di Seksyen 7, Shah Alam sehingga terpaksa dihentikan operasi pada hujung Mac 2019.

Hotel itu kemudian ditukar menjadi pusat penginapan pelajar UiTM secara berperingkat, lapor media ketika itu.

UiTM Holdings yang ditubuhkan pada 2007 kali terakhir mencatatkan keuntungan pada 2016 dan sehingga kini menanggung hutang sebanyak RM293 juta atau 64% daripada jumlah asetnya.

Presiden Putra Ibrahim Ali yang juga alumni UiTM minggu lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta agensi antirasuah itu menyiasat dakwaan penyelewengan dan ketirisan dalam pengurusan UiTM Holdings, yang dikatakan berlaku sejak 10 tahun lalu.

Naib Canselor UiTM Prof Dr Roziah Mohd Janor dalam reaksinya berkata pihak UiTM sedia memberi kerjasama kepada SPRM demi memastikan integriti institusi itu terpelihara. – 7 Februari, 2023.
 

WOIT

SAPA LEMBAGA

PENGARAH

SYARIKAT INI?

AMIN

KENAPA SEKARANG

BARU TAHU

DAH 4 TAHUN

RUGI BERJUTA

AMIN

KRONI & NEPOTISMA

KAWAN & SAUDARA

MENTERI  MANA ?

AMIN

TAHNIAH

TOK HIM

AMIN

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana satu bisnes ada untung? Semua rugi sebab apa? Kah kah kah tak pandai meniaga bagi orang bijak pandai meniaga boleh tak? Kah kah asyik rugi rugi apa hal, mana ada rugi mana ada rosak kalau bukan sebab kroni komisen rasuah? Kalau semua nak SPRM siasat mampooos woit, nak repair lubang tebuk korek oleh kroni ini berpunca dari hujung kepala sampai tapak kaki woit, letih