Selasa, 7 Februari 2023

SATU LAGI KRONI DITANGKAP


Bekas pengarah FTC diperintah bela diri atas tuduhan rasuah RM1.64 juta

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bekas pengarah urusan Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd (FTC) membela diri atas 33 pertuduhan menggunakan kedudukan dengan memberikan pelbagai kontrak termasuk pembekalan barangan kepada menantu dan anaknya berjumlah RM1.64 juta.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rohaizat Ahmad, 58.

“Mahkamah mendengar dan meneliti secara penilaian maksimum terhadap keterangan saksi pendakwaan serta hujahan bertulis kedua-dua pihak.

“Berikutan itu anggapan di bawah Seksyen 23 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berjaya ditimbulkan oleh pendakwaan yang kamu (Rohaizat) menggunakan jawatan dan kedudukan kamu untuk apa-apa suapan. Oleh itu kamu diperintahkan membela diri atas 33 pertuduhan tersebut,” kata hakim.

Azura dalam penghakimannya berkata mahkamah juga berpuas hati Rohaizat, di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 menggunakan kedudukan dan jawatannya bagi mendapatkan suapan bagi saudaranya.

Seramai 40 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada Januari 2020.

Hakim kemudian menetapkan prosiding bela diri kes itu berlangsung selama sembilan hari iaitu 22, 27 dan 28 Mac serta 3, 4, 5, 6, 17 dan 18 April.

Peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim mewakili Rohaizat memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan akan mengemukakan empat saksi termasuk anak guamnya yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-16, tertuduh didakwa menggunakan jawatan dan kedudukan sebagai Pengarah Urusan  FTC untuk mendapatkan suapan bagi menantunya dengan melantik syarikat Al Maisan Enterprise milik menantunya sebagai pembekal kepada FTC antaranya peralatan elektronik, cenderahati, baju kurung, kemeja-T berkolar selain pengendali program latihan kemahiran.

Bagi pertuduhan ke-17 hingga ke-33, bapa kepada enam anak itu didakwa menggunakan jawatan dan kedudukan tersebut untuk mendapatkan suapan bagi anaknya dengan melantik syarikat milik anaknya iaitu Hexa Tech Pride sebagai pembekal  kepada FTC antaranya cenderahati korporat, telefon pintar, komputer riba, projektor, barangan elektronik dan konsultan program keusahawanan.

Semua pertuduhan yang melibatkan jumlah RM1.648,810.60 itu didakwa dilakukan di FTC, No 22 Jalan Rampai Niaga 4, Rampai Business Park antara 23 April 2014 hingga 29 Jun, 2018.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. – Bernama, 7 Februari, 2023.

TAHNIAH SPRM

AMIN

KRONI INI

AMAL NEPOTISMA

KHALAS

CARI LAGI

DAKWA LAGI

BUNUH SEMUA

KRONI LAMA

AMIN

BUAT CEPAT

SEBELUM 

KRONI LAMA

DAPAT BERTUKAR

TUAN BARU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini lah sebab mereka tak mahu Anwar Ibrahim jadi PM, sejak 1997 sampai sekarang mati matian tak mahu dia, sebab apa? Sebab dia lawan rasuah dia lawan tetap lawan kah kah kah semua kecut semua takut semua getar getar bila nak SPRM sampai rumah bila ketuk pintu, harta dalam luar negara nak sorok mana kah kah kah, senang senang selama ini