Ahad, 26 Mac 2023

ADA APA DENGAN TOK ARAB ?


Anwar gagal bertemu putera mahkota dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi

Persoalan timbul terhadap sambutan yang diberikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa lawatan rasminya ke Arab Saudi baru-baru ini, selepas Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang juga merangkap perdana menteri, tidak memperuntukkan masa untuk bertemu dengannya. 

Diplomat yang biasa dengan hubungan Arab Saudi-Malaysia selama beberapa dekad juga membuat perbandingan dengan lawatan rasmi pada Mac 2021 oleh perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin, di mana beliau mengadakan perbincangan dengan Mohammed serta pemimpin kanan kerajaan.

"Pertemuan dengan MBS akan menjadi acara kemuncak dalam mana-mana lawatan perdana menteri Malaysia, terutamanya jika ia dianggap sebagai lawatan rasmi," kata bekas diplomat Malaysia yang berkhidmat di pelbagai ibu negara di Timur Tengah, merujuk kepada putera mahkota Arab Saudi. 

Laporan Bernama berkata pertemuan yang dijadualkan dengan Mohammed tidak berlaku kerana putera mahkota mempunyai perubahan rancangan menjelang bulan Ramadan. 

Anwar sendiri berkata beliau kecewa kerana tidak dapat bertemu, tetapi terus mendakwa bahawa pemimpin Arab Saudi meminta beliau melanjutkan tempoh lawatan selama dua hari lagi untuk bertemu dengan pemimpin kerajaan.

Anwar juga mendakwa beliau tidak boleh tinggal lebih lama kerana terpaksa menghadiri majlis iftar (berbuka puasa) bersama Yang di-Pertuan Agong, serta membuat lawatan rasmi sehari ke Kemboja.

"Tetapi hakikat bahawa Anwar sudah melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi, dan itu juga untuk memenuhi jemputan oleh MBS, hanya untuk diberitahu bahawa beliau tidak dapat bertemu kerana telah mengubah rancangannya, ia sungguh memalukan," kata diplomat yang sama.

Semakan dengan laporan media Arab Saudi juga menunjukkan mereka kurang kesungguhan untuk membuat liputan mengenai lawatan Anwar. 

Antara yang ditemui Anwar dalam lawatannya termasuk gabenor Jeddah, presiden Bank Pembangunan Islam, dan seorang pegawai Liga Dunia Islam, kumpulan propaganda Saudi yang lama dikaitkan dengan Anwar. 

“Tiada seorang pun daripada pemimpin ini mewakili kemuncak kuasa Saudi yang harus ditemui oleh mana-mana pemimpin kerajaan berpangkat tinggi untuk menjadikan lawatan mereka berbaloi,” kata diplomat yang sama. 

"Wisma Putra dan kedutaan Malaysia perlu menjawab banyak persoalan sukar tentang bagaimana lawatan rasmi seorang perdana menteri memalukan dengan cara ini."

Sebaliknya beliau berkata, lawatan Muhyiddin ke Arab Saudi pada Mac 2021 menyaksikan beliau berbincang dengan putera mahkota Mohammed, serta menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman. 

Setibanya di Riyadh, Muhyiddin disambut oleh Mohammed sendiri di lapangan terbang. 

Sebelum itu di Mekah ketika beliau menunaikan Umrah, Muhyiddin diberikan akses ke Kaabah, penghormatan yang jarang diberikan, hanya kepada ketua kerajaan dan tokoh Islam terkemuka.

Sementara itu, Anwar memulakan perjalanan ke Arab Saudi dengan tiba di Jeddah untuk menunaikan Umrah. 

Laporan Bernama berkata beliau disambut oleh gabenor setibanya di bandar itu.

'Ke mana layanan Arab Saudi?'

Bercakap kepada MalaysiaNow, sumber diplomatik yang biasa dengan hubungan Malaysia dengan negara-negara Teluk mempersoalkan alasan perubahan jadual putera mahkota yang menyebabkan Anwar "tidak dapat bertemu rakan sejawatannya dari negara yang merupakan salah satu rakan kongsi terpenting Arab Saudi" .

"Keramahan Saudi yang dikenali hilang di sini. Ini jarang berlaku walaupun pemimpin yang kurang mesra," tambahnya.

Beliau berkata Anwar tidak perlu menunjukkan beliau lebih mesra kepada Arab Saudi berbanding pemimpin Malaysia terdahulu dengan membangkitkan isu penutupan pusat yang disokong Saudi pada 2018. 

"Sekiranya beliau dijemput untuk lawatan rasmi, beliau berhak mendapat protokol yang sepatutnya," katanya. 

Pada sidang media sejurus sebelum pulang, Anwar berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini untuk menghentikan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP).

KSCIP pertama kali dicadangkan oleh Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz semasa lawatannya ke Malaysia pada 2017, dan diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional ketika itu yang diketuai oleh Najib Razak. 

Pada 2018, kerajaan PH yang diketuai Dr Mahathir Mohamad mengarahkan penutupan pusat itu, mencerminkan langkah Putrajaya ketika itu menjauhkan diri daripada dasar pro-Barat Saudi. 

Kegagalan Anwar untuk bertemu putera mahkota Mohammed bukanlah kegagalan diplomatik pertama yang dialami oleh seorang pemimpin Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Pada April tahun lalu, MalaysiaNow melaporkan bahawa kesilapan komunikasi oleh diplomat tertinggi di kedutaan Malaysia di Emiriah Arab Bersatu mengakibatkan sambutan hambar sewaktu lawatan rasmi perdana menteri ketika itu Ismail Sabri Yaakob, yang akan menghadiri ekspo perdagangan besar. 

Kerajaan kemudian menyalahkan Duta Besar Malaysia ke UAE, Tarid Sufian, dan Konsul Jeneralnya di Dubai, Hasril Abdul Hamid, yang mana kedua-duanya dipanggil balik ke Wisma Putra.

WOIT

ANWAR UMUM

PUTERA MBS

YANG JEMPUT

AMIN

BILA SAMPAI

MALAON INI

TAK MUNCUL

AMIN

YG SAMBUT

GABENOR JEDDAH

KAH KAH KAH

INI SAMA MACAM

BIDEN DATANG

KE KL YG SAMBUT

LOKMAN ADAM

AMIN

APA NAK HEBOH

INI PERANGAI

TOK ARAB

KAKI PUTAR

KAH KAH KAH

AMIN

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tok Arab suka orang macam Bossku, walaun Mahiaddin lah, orang yang cakap hebat nak lawan rasuah mana dia orang suka, simple saja kah kah kah jangan buang masa dengan Tok Arab ini semua, cari Korea, Jepun, Hong Kong pulak kah kah senang, negara kafir yang menjaga negara dengan kurang rasuah lagi bagus, kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Ini lah kerja kita setia setiap masa, nak perhatian apa orang lain buat setiap masa, dia pergi buat apa jumpa siapa semua akan jadi bahan rujukan, kah kah kah orang Kita ini perlu fokus kerja masing masing sudah, tak payah sibuk jumpa rok Arab walhal tok Arab bukan manusia baik pun kah kah kah buang masa menjadi ketiak buku cukur kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

malaysiakini logo
story-image
mk-logo
BERITA
Jangan guna agama untuk raih populariti, titah Sultan Selangor
Diterbitkan: Mar 26, 2023 2:49 PM

Dikemaskini: 2:49 PM
ADS

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi peringatan kepada semua pemimpin politik - tanpa mengira kaum - supaya tidak menjadikan agama untuk menjadikan diri mereka popular.

Titah Sultan Sharafuddin, larangan itu dibuat atas kapasiti baginda sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Selangor bersama Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Hanya saya sebagai ketua agama Islam di Selangor dan Mais pihak berkuasa agama di negeri ini.

"Ahli politik boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu tetapi mereka tidak mempunyai kata putus atau kuasa," titah baginda dalam temu bual eksklusif dengan The Star.

panglimo potaseh berkata...

Putera Arab tak mau jumpa Abam Non sobab dio janji 7 potalo langit & Bumi nak turunkang rogo minyak ..

Tanpa Nama berkata...

Dalam sesebuah lawatan rasmi pemimpin negara, kata Mohd Sany Hamzan, ada dua matlamat yang diharapkan rakyat dapat dicapai buat negara.

Pertama katanya rakyat berharap ada pelaburan yang dibawa masuk dari negara yang dilawati.

Melalui pelaburan tersebut kata ahli parlimen Hulu Langat itu negara boleh mendapat lebih banyak peluang pekerjaan.

Dalam lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini katanya matlamat tersebut dapat dicapai berdasarkan pertemuan yang berlangsung ketika itu.

Bla bla.. berkata...

Tuhan tak izinkan dia masuk dalam kaabah.
Tak dapat jumpa mbs itulah asbab nya.

Tanpa Nama berkata...

dah kena la tu satu kaki putar satu kaki auta... menteri 25% juga yang untung.. dapat gi umrah free.. kah kah kah