Ahad, 26 Mac 2023

BERIAT AMAT BAIK


Banjir Johor surut sepenuhnya

BANJIR di Johor surut sepenuhnya dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Batu Pahat ditutup pada 12 tengah hari.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata dua PPS berkenaan ialah Dewan Orang Ramai Yong Peng yang menempatkan 79 orang daripada 22 keluarga dan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Medan membabitkan 62 mangsa daripada 15 keluarga.

Penduduk yang terjejas itu mula pulang ke kediaman masing-masing berikutan ‘banjir termenung’ sebelum ini surut sepenuhnya.

Setakat ini, Sungai Bekok di Empangan Bekok berada di paras amaran iaitu 18.92 meter (m) manakala dua sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah (5.07m) dan Sungai Sembrong di Empangan Sembrong (10.66m).

Dalam pada itu, kesemua daerah di negeri ini dijangka cerah tengah hari ini.

Hampir sebulan banjir melanda Johor sejak 28 Feb lepas sehingga menjejaskan lebih 85,000 penduduk di 10 daerah serta disifatkan sebagai banjir terburuk, menyamai bencana yang sama pada tahun 2006. – Bernama, 26 Mac, 2023.

 

PULANG KE RUMAH

KERJA KERAS

MEMBERSIHKAN

AMIN

NAMPAKNYA

KALI INI TAK

RAMAI NGO

POLITKUS DATG

MACAM 2022 DULU

AMIN

PASAI APA?

KAH KAH KAH

PASAI PRU15

DAH SELESAI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: