Isnin, 27 Mac 2023

KES BARU - PASTIKAN NAJIB TERUS DI KAJANG



SPRM kesan 20 lagi individu miliki aset hasil 1MDB, lapor media

AGENSI antirasuah mengenal pasti 20 lagi individu yang didakwa memiliki aset hasil dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk dua pegawai khas kepada seorang bekas perdana menteri, lapor Utusan Malaysia.

Aset itu termasuk hartanah, wang simpanan di bank serta saham, lukisan, dan barang kemas, yang kesemuanya dikesan berada di negara luar, kata laporan itu memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kesemua aset yang dikenal pasti tersebut adalah sebahagian 30 peratus dana 1MDB yang masih diperincikan SPRM dalam usaha mendapatkannya semula.

“Kesemua aset berkenaan dipercayai berada di beberapa negara seperti Hong Kong, Perancis, Switzerland, Luxembourg, Singapura, United State, Kuwait, Germany, Mauritius dan luar pesisir serta beberapa negara lain,” kata sumber yang dipetik laporan itu.

SPRM kini sedang giat cuba mendapatkan aset berkenaan melalui kerjasama agensi penguatkuasa undang-undang di negara berkenaan, tambah sumber.

Laporan sebelum ini menyebut SPRM sedang mengesan untuk mendapatkan semula aset yang ada kaitan dengan 1MDB melibatkan beberapa nama yang pernah disebut oleh bekas pengerusi Goldman Sachs bagi Asia Tenggara Tim Leissner.

Leissner ialah saksi utama pendakwaan bagi perbicaraan bekas rakan sekerjanya di Goldman Sachs Roger Ng yang didakwa membantu menyeleweng dana kekayaan 1MDB milik Malaysia ketika skim itu wujud dari 2009 hingga 2014.

Semasa perbicaraan kes di Amerika Syarikat, Leissner menyebut nama antara lain bekas ketua pegawai eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad Rohana Rozhan.

Leissner yang mengaku mempunyai hubungan sulit mendakwa Rohana mengugutnya untuk dibelikan rumah bernilai AS$10 juta di London jika tidak mahu penglibatannya dalam skandal 1MDB didedahkan.

Minggu lepas, SPRM mengesahkan Rohana sudah memulangkan secara sukarela wang AS$10 juta dan aset yang dikaitkan dengan dana 1MDB kepada agensi itu tahun lalu. – 27 Mac 2023


TAHNIAH SPRM

AMIN

RAMPAS KEMBALI

HARTA MEREKA

HASIL DUIT CURI

AMIN

INI SEMUA

SUKU SAKAT

NAJIB

AMIN

KES INI PASTIKAN

NAJIB TERUS

DI KAJANG

AMIN

KHALAS

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah pulang kira settle ke...!?

Tanpa Nama berkata...

ini semua ahmad albab yang punya... ingatttt... ahmad albab yang punya... hahahahhaha
kata jin tersebut kepada bapak ahmad albab...

Tanpa Nama berkata...

When shit hits the fan kah kah kah, ayat orang putih, bila jenayah berlaku ramai terlibat susah lindung susah cover kah kah kah, banyak duit bertukar tangan, tangan mana akan tahu jugak, semua nak nikmat dunia, tapi susah nak bertanggungjawab, itu yang Bossku kata dulu, Bossku seorang jadi target lain semua lepas bebas macam J. Lo bukan Jenifer Lopez tapi Jo Lo kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Abe TT, mohon pencerahan? Apa peranan parlimen? Apa tugas hakiki ahli parlimen? Ada undang-undang baginda Queen sehingga kini? Apa mereka buat setiap berlawan membebel, meroyan tak sudah susah sampai undang-undang lapuk masih guna pakai? Sebelum merdeka ada lagi macam akta hasutan 1948, adakah manusia di parlimen ini sudah lupa kerja mereka? Saja tanya jangan marah? Kah kah kah boleh sikit kerana tengok mereka dalam TV macam jakun lompat sini lompat sana bising teriak kalau manusia bergelar ahli parlimen tak ada adab, tak ada sifat macam.mana nak aduk orang muda.kah.kah kah

Tanpa Nama berkata...

Bro tt...lu pikir najib kekal ke kt kajang...dia punya xtpm pun dah boleh terbang mana mana saja...lu kena ingat dan insafi diri yg ni negara malaysia...undang undang boleh padam oooo...lu jgn main main..kah kah kah