Jumaat, 28 April 2023

AL-FATIHAH UNTUK MAEL XPDC


Mael XPDC meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan XPDC, Mael, 55, menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor, akibat sesak nafas, kira-kira jam 8.41 malam ini.

Berita pemergian Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim itu disahkan anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha.

"Adalah dengan sedihnya dimaklumkan bapa saya, Syed Ismail Syed Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di pada hari Khamis, 27 April di Hospital Muar," katanya menerusi satu kiriman teks di aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Sharifah Irfatasha tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai punca kematian bapanya itu.

Pemergian Allahyarham Mael dipercayai akibat serangan penyakit semput selepas maghrib, malam ini.

Difahamkan, arwah mengalami semput dan dibawa ke hospital selepas maghrib.

Khabar duka itu turut dikongsikan pengurus kumpulan yang terkenal dengan genre heavy metal itu yang hanya dikenali sebagai Bro Yazid di akaun Facebook peribadinya.

"Innalillahiwainnahirojiun. Al-Fatihah. Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar," tulisnya.

Rata-rata pengikut meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham sambil mendoakan semoga penyanyi yang terkenal dengan lagu Semangat Yang Hilang itu tenang di alam baqa.




 

Tiada ulasan: