Ahad, 28 Mei 2023

BANGUN MELAWAN - SELAMATKAN BUMI KITA


BANGUN MELAWAN

SELAMATKAN

BUMI KITA

KHALAS



Polis Belanda tahan lebih 1,500 aktivis iklim


LEBIH 1,500 orang ditahan semasa menyertai protes kumpulan iklim Extinction Rebellion  di The Hague pada Sabtu, kata polis Belanda.

Aktivis menyekat bahagian lebuh raya di tengah bandar pada sebelah petang, sebagai protes terhadap subsidi bahan api fosil Belanda.

Polis berkata mereka menggunakan meriam air untuk menyuraikan aktivis yang menghalang jalan utama di bandar itu, dan menahan “sejumlah 1,579 orang… 40 daripadanya akan didakwa” atas pelbagai tuduhan termasuk vandalisme.

Seorang aktivis menggigit anggota polis semasa ditahan, kata polis.

Beberapa selebriti Belanda adalah antara penunjuk perasaan, termasuk Carice van Houten, yang terkenal dengan peranannya sebagai Melisandre dalam siri TV popular “Game of Thrones”.

Agensi berita Belanda ANP melaporkan beliau ditahan tetapi kemudian dibenarkan pulang.

Ia tidak menyatakan aktres itu adalah antara mereka yang akan didakwa.

Protes itu adalah yang ketujuh dianjurkan oleh Extinction Rebellion di kawasan The Hague ini, tetapi menyaksikan jumlah tertinggi peserta yang ditangkap setakat ini, menurut ANP. – AFP, 28 Mei, 2023.

 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bangangnya...