Ahad, 14 Mei 2023

CARA CARI MAKAN


Ketua Pemuda Umno mohon maaf kritik lantikan politik di agensi pertanian

KETUA Pemuda Umno Muhamad Akmal Saleh memohon maaf atas kritikannya terhadap pelantikan pemimpin PH bagi mengetuai kementerian dipimpin Mohamad Sabu.

Akmal akur bahawa beliau sepatutnya mengutamakan usaha pembangunan negara dan tidak mengungkit perbezaan di kalangan parti.

“Saya berbesar hati dengan rendah hati memohon maaf atas ketidaksempurnaan diri saya. Tugas kita membangunkan negara dengan politik lebih baik, pendekatan jauh lebih baik.

“Kita tiada masalah ada perbezaan tapi ia perlu diurus dengan lebih baik. Mencari perbezaan lebih mudah daripada mencari kesamaan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu berkata demikian ketika Konvensyen Pemuda Perpaduan yang diadakan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pagi ini.

Dalam kritikannya pada Jumaat, Akmal antara lain menggesa pelantikan wakil rakyat Amanah Faiz Fadzil sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ditarik balik.

Beliau juga membuat gesaan sama bagi pelantikan dua lagi pemimpin Amanah, Mahfuz Omar dan Aminuddin Zulkipli mengetuai agensi bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Mahfuz dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) manakala Aminuddin sebagai pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Akmal menggesa demikian kerana menurutnya pelantikan itu bertentangan dengan prinsip kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mohamad yang merupakan presiden Amanah turut melantik pemimpin PKR Azman Ismail serta Sheikh Umar Ali dari DAP untuk mengetuai dua lagi agensi bawah kementeriannya.

Azman dilantik mengetuai Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) manakala Sheikh Umar Ali untuk mengetuai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). – 14 Mei, 2023.

 WOIT

INI CARA 

GEROMBOLAN

BUAT KERJA

KAH KAH KAH

INI KERJA 

CARI MAKAN

KAH KAH KAH

DAH KALAH 

TAK DAPAT BUAT

KERJA LAIN

MAKA INILAH

CARANYA

AMIN

KALAU ADA 

KEBOLEHAN 

AMAT BAIK

AMIN

KALAU HAMPEH

HANCUR NEGARA

AMIN

KALAU MAKAN

RASUAH INI

PUNCANYA

KHALAS

Tiada ulasan: