Ahad, 14 Mei 2023

JANGAN LUPA CARA MEMBACA LAPORAN MEDIA


Nik Nazmi pula nafi pegawainya disiasat SPRM

MENTERI Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menafikan dakwaan kononnya pegawai beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes rasuah.

Beliau turut menyangkal dakwaan sudah memecat pegawainya kerana terpalit dengan isu rasuah.

“Setakat ini, tiada pegawai saya yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, jika terdapat sebarang siasatan, Nik Nazmi menegaskan beliau dan mana-mana pegawainya bersedia untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Semalam, portal Edisi Siasat mendakwa Nik Nazmi dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah. – Bernama, 13 Mei, 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

JANGAN LUPA

CARA MEMBACA

LAPORAN MEDIA

AMIN

AWAL AWAL

DAH KANTOI

KAH KAH KAH

MI RES MI KES

MI LORD

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: